Isteri kedua Opick meninggal dunia

Isteri kedua Opick meninggal dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri kedua Opick meninggal dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri kedua Opick meninggal dunia
link : Isteri kedua Opick meninggal dunia

Baca juga


Isteri kedua Opick meninggal dunia

ISTERI kedua kepada penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Opick iaitu Wulan Wulan Mayangsari, 34, meninggal dunia kira-kira jam 9 malam, Ahad.

Menurut laporan  Liputan6.com, berita tersebut mula tersebar di group aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi dan khabar sedih itu disahkan sendiri oleh rakan baik Opick, Ustaz Soleh Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ustaz Solmed.

Katanya, sebelum meninggal dunia, arwah berada dalam keadaan kurang sihat selepas bayi yang dikandungnya meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.

“Opick dan Wulan kehilangan anak pertama mereka ketika Wulan hamil lapan bulan.

“Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada Wulan sakit selepas melahirkan atau beberapa hari atau ketika melahirkan.

“Saya hanya mendapat maklumat dari WhatsApp berserta foto dan terus bertemu Opick untuk memberi sokongan kepadanya,” katanya.

Jenazah Allahyarhamah  sudah dikebumikan selepas Zohor, pada Isnin.

Opick yang ditemui media berkata, dia reda dengan pemergian isterinya dan meyifatkan isterinya adalah seorang muslim yang taat dan tidak pernah meninggalkan solat lima waktu serta kerap berbuat baik sesama manusia.

“Masya ALLAH, hari ini isteri saya meninggal. Hari ini saya redha dunia akhirat. Seperti janji Rasulullah bahawa apabila ada seorang isteri yang meninggal dan suaminya redha, dipastikan dia jadi ahli surga,” ujarnya tenang.

Opick memiliki seorang lagi isteri, Dian Rositaningrum, yang dinikahi pada 2002 lalu dan dikurniakan enam orang anak.

Sementara itu, Dian yang mengetahui berita pemergian Wulan dari rakan karibnya sempat datang untuk memberikan penghormatan terakhir.

Ujarnya, dia cuba mendapatkan pengesahan daripada suaminya sendiri, namun panggilannya tidak berjawab.

“Mungkin kerana dia sibuk, jadi dia tidak sempat memberi jawapan.

“Memandangkan rumah saya berdekatan, jadi saya datang untuk memberi penghormatan terakhir.

“Saya berharap abang Opick tabah dan sabar dengan dugaan ini,” katanya.

The post Isteri kedua Opick meninggal dunia appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Isteri kedua Opick meninggal dunia

Sekianlah artikel Isteri kedua Opick meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri kedua Opick meninggal dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/isteri-kedua-opick-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :