ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’

ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’
link : ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’

Baca juga


ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’

Ratusan penduduk di sekitar Cheras hari ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap kerajaan PKR Selangor yang didakwa masih gagal menangani masalah bekalan air yang semakin hari semakin serius sejak kebelakangan ini.

Presiden Gerakan Pengguna Air Bersih Selangor, Sahalmi Saib berkata, gangguan bekalan semakin kerap berlaku dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini malah kualiti air yang tidak memuaskan menyukarkan penduduk untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Katanya, apa yang lebih menakutkan penduduk adalah notis gangguan bekalan air pada 6 Mac ini serta musim kemarau yang hampir tiba meresahkan penduduk untuk mencari sumber bekalan air bersih yang mencukupi di kawasan berkenaan.

“Sudahlah air kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak ada. Air yang mengalir pula kotor sampai terpaksa gunakan penapis. Tekanan air pun rendah, menyusahkan mereka yang tinggal di flat. Kerajaan negeri mesti bertindak atasi masalah ini.

“Ini tanggungjawab setiap kerajaan negeri tetapi kenapa perkara ini berlarutan sampai sekarang? Seolah-olah sengaja melambatkan penstrukturan semula air. Kami sudah letih, air yang dibekalkan pun tak bersih. Mereka sudah tahu pasal perkara ini tapi masih lambat bertindak sedangkan ini hanya merugikan mereka sendiri, tetapi yang menanggung kesusahan adalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri himpunan secara aman bersama penduduk kawasan Cheras sebagai membantah sikap kerajaan PKR Selangor yang masih gagal mengatasi masalah bekalan air semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Bukit Cheras, Zainun Mohd. Yusof, 46, berkata, dia terpaksa membeli air mineral di pasar raya berikutan bekalan air di rumahnya tidak bersih.

“Bekalan air paip di rumah memang tidak bersih. Saya masak air dua kali pun masih rasa karatnya, jadi terpaksalah beli air mineral berkotak-kotak. Nak masak dan mandi pun susah. Dahulu kerajaan negeri janji nak lakukan pembersihan, tapi sampai sekarang tak buat-buat,” katanya.

Seorang penghuni flat di Taman Desa Aman, A. Perumal, 65, pula memberitahu, jika kawasannya mengalami gangguan air, tiada cara lain selain menunggu bekalan air pulih semula.

“Bila ada masalah air, biasanya sebab masalah paip. Jadi kalau nak guna air, kadang-kadang saya sekeluarga kena tunggu hampir satu hari. Sudah 10 tahun saya tinggal di sini, tapi baru-baru ini macam tiap-tiap tahun ada masalah air,” katanya.


Demikianlah Artikel ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’

Sekianlah artikel ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU AIR: PENDUDUK CHERAS ‘NAIK ANGIN’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/isu-air-penduduk-cheras-naik-angin.html

Subscribe to receive free email updates: