Siapa artis paling fantastik

Siapa artis paling fantastik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa artis paling fantastik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa artis paling fantastik
link : Siapa artis paling fantastik

Baca juga


Siapa artis paling fantastik

Terus komited menghiburkan pendengar, stesen radio dan digital Hot FM bakal memulakan pentas realiti Fantastik 4 2018 hari ini.

Ia akan bersiaran selama lima minggu dengan menampilkan empat penyanyi berbakat tanah air.

Tahun lalu, program ini menampilkan Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Tajul dan Khai Bahar sebagai peserta Fantastik 4.

Kali ini, peminat akan melihat Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Ara Johari dan Naim Daniel menunjukkan bakat masing-masing.

Ketua Program Hot FM Ainul Farhana berkata, pemilihan empat artis yang bertanding dalam Fantastik 4 agak sukar kerana ramai yang berbakat.

Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum memilih selebriti berkenaan.

“Fantastik 4 kembali lagi tahun ini dengan dengan empat artis yang mempunyai bakat fantastik. Pemilihan artis agak sukar kerana ramai yang berbakat besar. Kami perlu meneliti beberapa aspek sebelum memilih Wany, Naim, Ara dan Haqiem.

“Pemilihan ini berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang nyanyian. Wany, Ara dan Haqiem adalah finalis AJL 32 dan kebolehan mereka tidak boleh disangkal lagi. Haqiem juga adalah pemenang tempat ketiga. Naim pula anak seni serba boleh, dia menceburi bidang lakonan dan berbakat dalam nyanyian,” katanya.

Peserta Fantastik 4 tahun ini akan diadili Edry Abdul Halim selaku juri tetap ditemani juri jemputan pada setiap minggu.

Sistem pemarkahan pula terbahagi kepada dua iaitu 50 peratus daripada panel juri dan sebahagian lagi secara undian peminat atas talian.

Pada minggu pertama, keempat-empat peserta akan menyanyikan sebuah lagu solo dan harus menyampaikan lagu duet.

Penyanyi Misha Omar diundang sebagai juri jemputan yang akan bersama Edry membuat penilaian pada malam persembahan itu.

Pihak pengurusan Hot FM akan memberikan tugasan lagu yang berlainan setiap minggu. Ini adalah cabaran mereka agar dapat memberikan persembahan fantastik bagi menggondol hadiah utama.

Wany akan menyanyikan lagu Rintihan Rindu manakala Haqiem pula membawakan lagu barunya berjudul Jatuh Bangun. Sementara itu, Ara dan Naim masing-masing akan menyayikan lagu Bunga dan Sekali Lagi.

Menerusi lagu duet, Wany akan berganding dengan Haqiem menerusi lagu Aku Cinta nyanyian asal Syamel dan Ernie Zakri. Ara Johari dan Naim pula dicabar dengan lagu Selamanya Cinta.

Untuk mengundi, pendengar boleh ke laman web rasmi stesen Hot FM di www. hotfm.com.my Undian atas talian hanya dibuka pada hari Isnin jam 11 malam dan ditutup pada hari Ahad tepat jam 11.59 malam.

Juara bakal merebut hadiah utama berjumlah RM20,000 beserta trofi dan sekiranya mereka menjadi pilihan juri untuk ‘Artis Paling Fantastik’ minggu ini, mereka akan membawa pulang ke RM5,000.

Program ini turut menampilkan Shuk, Ajak dan Fizie sebagai pengacara.

The post Siapa artis paling fantastik appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Siapa artis paling fantastik

Sekianlah artikel Siapa artis paling fantastik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa artis paling fantastik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/siapa-artis-paling-fantastik.html

Subscribe to receive free email updates: