link : Jadi imam terbaik untuk I ok: Siti Fazurina
Jadi imam terbaik untuk I ok: Siti Fazurina
PERNAH terpalit dengan kontroversi perkahwinan, Siti Fazurina atau lebih mesra disapa Nina bagaimanapun menyifatkan kehadiran suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli sebagai yang terbaik di dalam hidupnya.
Malah, selebriti berusia 36 tahun ini juga mengakui suaminya bukan sahaja berperanan sebagai ketua keluarga tetapi juga merupakan individu penting di dalam hidup.
“Dialah teman, dialah bestfriend, dialah husband, dialah business partner, dialah kawan gaduh, dialah pengkritik hebat, dialah penasihat, dialah kaki buli, dialah tukang dengar cerita, apa pun, dialah segala-galanya.
“Dialah manusia yang sentiasa support apa saja yang Nina minat dan Nina buat, dia akan usaha apa sahaja untuk bagi apa yang Nina perlu, dia suami yang baik dan dia manusia yang sangat penyabar.
“Jadi imam terbaik untuk I OK…yang menjadi pembimbing untuk I menjadi wanita yang beriman dan solehah,” luahnya di Instagram (IG).
Tidak hanya itu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dunia Anita ini juga juga sempat berkongsi perihal suaminya itu.
“Nak cerita sikit. Memang dia bukan suami yang romantik. Dia juga bukanlah suami yang lemah lembut. Dia bukan hensem sangat haha. Dia bukan suami yang hari-hari bagi duit shopping kat Nina. Dia juga bukan my first love..hehe.
“Selain itu…dia juga loqlaq, kaki melawak tak bertempat, tak dengar cakap kita, suka bagi kita sakit hati dan pening dengan kemahuan kerja dia yang gila.
“Tapi, sebagai isteri…emm…ikut sajakan syurga kita ada pada dia… isssshhhhhh geram!!!! @hykalzulkifli sambil disertai #happy5thanniversaryhykalnina, #sampaijannah dan #amin.
Justeru, pelakon drama bersiri Puteri ini turut mengharapkan rumah tangga yang dibina kekal ke akhir hayat, sempena ulang tahun perkahwinan kelima, hari ini.
“Jodoh kita sudah tertulis di Luh Mahfuz. Harap kita terus mampu utuh bersama dan bersabar dalam apa jua onak dan rintangan yang mendatang.
“Semoga kita bersama-sama berada di dalam rahmat ALLAH dan menjadi hamba-Nya yang bertakwa yang bersama-sama akan memasuki ke Syurga Firdaus.
“So…please take care of me and I promise will take care of you too. 20/3/2018. Happy 5th Anniversary to us! @hykalzulkifli,” luahnya lagi.
Pada masa sama, bintang filem Hantu Bukit Cina ini juga beranggapan setiap ujian yang dihadapi sebagai satu proses dalam menuju kebahagiaan.
“A lot that we’ve gone through. And a lot more waiting… Anggaplah semuanya adalah ujian hidup kita sebagai manusia biasa dan untuk menuju sebuah kebahagiaan.
“Segalanya adalah ujian untuk menguji adakah kita hamba-Nya yang benar-benar beriman dan bertakwa,” tulisnya sambil disertai #happy5thanniversaryhykalnina, #sampaijannah, #doayangbaikbaik dan #amin.
Terdahulu, pasangan ini menimbulkan kontroversi selepas melangsungkan perkahwinan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.
Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 64, mendedahkan perkahwinan itu tidak sah berikutan Nina dipercayai memberi maklumat palsu kepada pejabat agama dengan mengatakan beliau anak tunggal sedangkan masih mempunyai dua adik lelaki kandung.
Nina dan Muhammad Hykal bagaimanapun dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya.
Difahamkan, Nina juga pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya namun menarik semula pada 2017.
The post Jadi imam terbaik untuk I ok: Siti Fazurina appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jadi imam terbaik untuk I ok: Siti Fazurina
Anda sekarang membaca artikel Jadi imam terbaik untuk I ok: Siti Fazurina dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/jadi-imam-terbaik-untuk-i-ok-siti.html