link : Stail one man show Dr Mahathir jalan terus....- Annuar Musa
Stail one man show Dr Mahathir jalan terus....- Annuar Musa
Cara pemerintahan "one-man-show" Tun Dr Mahathir Mohammed ketika menjadi Perdana Menteri satu waktu dulu dan masih diamalkannya sekarang sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bukan sahaja tidak sesuai dengan zaman ini tetapi tidak memanfaatkan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata rakyat kena tinggalkan dasar one-man-show Mahathir. Katanya rakyat mesti menolak dasar Mahathir dulu yang tak beri keutamaan kepada orang muda, serta dasar undang-undang yang keras macam ISA, penswastaan dan tol.
"Kita kena tolak dasar di mana agenda orang Melayu tercicir ke belakang, orang miskin tidak dijaga, dan ekonomi negara tidak diurus dengan cara bersasar dan berstruktur," katanya.
Annuar berkata demikian semasa menjadi tetamu Sembang Online anjuran Utusan Online bertajuk "Pembangkang terpalit sejarah kelam Mahathir" pada Selasa.
Katanya berbeza dengan zaman Mahathir, dasar yang diamal Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mendahulukan rakyat lebih sistematik.
"Najib dengan jayanya telah mentransformasikan ekonomi dan rezab dibesarkan serta ekonomi dirancakkan sampai 5.9 peratus. Subsidi dibuat secara bersasar. Bantuan kepada rakyat elakkan ketirisan. Bagi terua kepada rakyat dalam bentuk BR1M, bantuan awal persekolahan, bantuan guam, dan lain-lain.
"Cara Najib, rakyat didahulukan. Kalau zaman dulu, rumah yang kita bina untuk orang miskin, rumah papan kayu kapcai, satu bilik. Harganya RM7 ribu. Masa tu saya jadi menteri.
"Zaman Najib dia berani buat rumah RM54 ribu percuma. Rumah batu PPRT tiga bilik siap bekalan elektrik dan air. Dia buat perumahan PPR, dan subsidikan. Dia jual RM30ribu, RM50ribu, RM80ribu. Kos lebih daripada RM100 ribu.
"Kalau sentuhan, memberi kesenangan kepada rakyat, jauh bumi dengan langit di zaman saya jadi menteri dengan zaman sekarang ini. Sentuhan secara langsung, dan ini bukan berlaku secara kebetulan tetapi Najib secara sengaja menyusun, mengatur dan melaksanakannya," katanya.
Menurut Annuar walaupun zaman telah berubah kepada era tanpa sempadan dan ekonomi digital, Mahathir masih mengamalkan sikap autokratik.
"Dia one man show. Hanya cara dia. Bercakap benda tak bincang dalam mesyuarat. Sekarang DAP gunakan stail one man show Mahathir untuk tolak dia ke depan.
"Lim Kit Siang hanya perlu duduk di belakang kerana dia nak guna elemen nostalgia pada Mahathir untuk memecahbelahkan undi orang Melayu. Dia kata hanya Mahathir yang boleh pecahkan UMNO dan orang Melayu.
"Dulu DAP ambil PAS dalam Pakatan bukan pasal ia percaya pada dasar parti itu tetapi menganggap PAS sebagai senjata memecahkan politik orang Melayu. Apabila PAS tersedar, maka DAP menaja Pakatan Harapan walaupun ia bukan parti yang berwibawa. Pakatan Harapan adalah tawanan DAP.
"Bagi DAP Mahathir adalah kayu terbaik untuk menumbangkan kayu. DAP itu macam kapak yang dibuat daripada besi. Besi tak boleh tumbangkan kayu. Ia perlukan kayu sebagai hulunya. Kayu itu adalah Mahathir," tambahnya lagi.
Menurut Annuar sejarah menunjukkan Mahathir bukan sahaja anti DAP tapi dia juga anti Cina.
"Pada tahun 1969 dia kata dia tak perlukan undi Cina yang mengakibatkan orang Cina bertindak balas dan bila lawan dengan Yusof Rawa dia kalah.
"Selepas itu dia tulis buku The Malay Dillema sampai dia dapat branding sebagai Ultra Malay. Kemudian bila dia jadi Perdana Menteri dia tahu dia tidak mampu membawa imej Ultra Malay itu kerana dia Perdana Menteri rakyat berbilang kaum. Maka dia berbaik-baik dengan kelompok-kelompok usahawan Cina yang tertentu.
"Kalau dulu Mahathir perlukan sokongan massa Melayu dengan menuduh Tengku Abdul Rahman tak ultra Malay. Waktu itu talian hayatnya ialah UMNO. Sekarang apa dia ada? Maka dia ada agenda peribadi nak jatuhkan Najib. Dia perlukan talian hayat tetapi kali ini ia tidak datang dari orang Melayu. Orang Melayu UMNO dan PAS tak melayani karenahnya. Dia perlukan talian hayat politik dan hanya DAP yang boleh beri."
Annuar berkata golongan muda sekarang lebih berilmu dan bestari dan ramai yang sudah muak dengan Mahathir.
"Mereka nak memandang ke depan, bukan nak bernostalgia. Masa depan lebih penting. Ini bukan soal masa depan Mahathir, tetapi mereka," katanya lagi.
Annuar mengakui BN telah melakukan beberapa kesilapan dalam PRU ke-13 yang merupakan satu transisi ke era berita digital atau media baharu dan kerajaan BN waktu itu adalah "slow learner" berbanding pembangkang.
Namun katanya keadaan sudah berbeza sekarang. Malah dalam media baharu sekarang BN sudah mengatasi Pakatan di YouTube, FB, twitter dan instagram.
"Tidak ada satu ruang dan medan yang kita tak boleh lawan pembangkang. Yang penting adalah kebenaran. Bagi saya Pakatan Harapan adalah Pakatan Hipokrasi.
"Pakatan Harapan tidak akan menjadi satu entiti yang kekal sebab dasarnya yang banyak berbeza. Satu-satunya persamaan - mereka sama-sama nak rebut jawatan Perdana Menteri. Mahathir, Anwar, Kit Siang dan Mat Sabu pun semua nak jadi Perdana Menteri. Itu sahaja. Dasar tak sama.
"Nepotism memang terserlah. Bila parti itu kecil dan pemimpin tak cukup, ambil isteri dengan anaklah.
"Di peringkat awal sewaktu Pakatan dipimpin Anwar, sokongannya bagus. Satu kesilapan Pakatan Harapan ialah apabila Mahathir dibawa ke depan. Anak-anak muda tak suka bernostalgia. Kumpulan yang mendokong reformasi Anwar rata-rata orang muda. Mereka kecewa.
"Lebih teruk sekarang ini apabila Mahathir balik kepada tabii asal dia - one man show. Ini satu petanda buruk bagi Pakatan Harapan dan Malaysia.
"Zaman ini bukan zaman one-man-show. Zaman ini bukan zaman autokrasi. Zaman ini bukan zaman memuja satu watak pemimpin. Zaman ini adalah zaman sistem dan kombinasi bekerja yang baik. Ini ada dalam BN. Tapi dalam Pakatan kita tak nampak.
"Mukhriz entah ke mana. Tak mungkin dia boleh menegur bapanya. Anak dengan bapa sudah tentu tak dapat menjalankan proses pentadbiran dengan betul berasas kebenaran kerana anak dengan bapak ada penghadang (barrier)
"Isteri dengan suami tetap ada "barrier". Wan Azizah tidak akan boleh mengkritik Anwar Ibrahim. Nurul Izzah tak boleh mengkritik Wan Azizah. Mukhriz tak boleh mengkritik Mahathir. Mahathir tak boleh meninggalkan Mukhriz.
"Jadi sistem politik begini tidak bagus untuk masa depan. Anak beranak dua tiga keluarga - Famili Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Mahathir semuanya nakkan jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini dipegang Najib."

Demikianlah Artikel Stail one man show Dr Mahathir jalan terus....- Annuar Musa
Sekianlah artikel Stail one man show Dr Mahathir jalan terus....- Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Stail one man show Dr Mahathir jalan terus....- Annuar Musa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/stail-one-man-show-dr-mahathir-jalan.html