Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh !

Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh !
link : Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh !

Baca juga


Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh !


KUALA LUMPUR: Kejadian babi masuk ke sebuah masjid di Sungai Plong, Sungai Buloh dekat sini bukan sahaja menggemparkan penduduk setempat, bahkan umat Islam di seluruh negara apabila tular di media sosial sejak malam tadi.

Suasana panik bermula apabila haiwan yang tercedera di leher itu tersesat masuk ke kawasan masjid berkenaan sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut.

Haiwan itu kemudiannya masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba'diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.

Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha menyelamatkan diri serta ada yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat.

“Binatang tersebut akhirnya berjaya ditembak oleh salah seorang jemaah yang memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan,” katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.
Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu, kejadian tersebut telah menjejaskan kira-kira tiga per empat bahagian dalam masjid dan beranda.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Wakil mereka akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid.

“Ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas. Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah agar dapat bersama-sama berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin,” ujarnya. #sumber


Demikianlah Artikel Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh !

Sekianlah artikel Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah Kecoh, Babi Hutan Masuk Ke Dalam Masjid Di Sungai Buloh ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/jemaah-kecoh-babi-hutan-masuk-ke-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: