link : Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon
Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon
Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon
Semua berlaku sekelip mata dan terlalu pantas,” demikian reaksi pelakon jelita, Sherry Ibrahim ketika menceritakan detik cemas kemalangan yang menimpa pelakon, Redza Rosli, 23 di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, di Ipoh, awal pagi tadi.
Bayangkan, kereta Redza berada betul-betul di hadapan kereta kami berdua. Kami menjerit sambil membunyikan hon ketika melihat kereta Redza yang pada awalnya berada di laluan paling kanan bergerak perlahan ke cerun bukit di sebelah kiri lebuh raya,” katanya.
Menurut Sherry, sebelum kejadian, dia menaiki kereta bersama pelakon, Izreen Azminda manakala Redza memandu keretanya bersendirian serta bergerak secara konvoi dari Perlis ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran drama Kak Mar.
Kami bergerak pulang dari Kangar sekitar jam 10 malam (Isnin) dan berhenti rehat di kawan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol. Redza ada mengadu mengantuk dan saya ada tawar diri untuk memandu secara bergilir-gilir.
Kami bertiga terpaksa pulang awal kerana masing-masing mempunyai komitmen lain pada pagi ini,” katanya. Terdahulu, kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya.
Ketika ditanya mengenai posting Izreen di media sosial yang menyebabkan ramai peminat keliru yang mengatakan kedua-dua pelakon cantik itu yang kemalangan, Sherry berkata, ia adalah makluman awal kepada tim produksi tentang kejadian yang menimpa mereka.
Untuk makluman, Izreen membuat posting itu untuk maklum kepada tim-tim produksi kesulitan yang kami alami. Tambahan pula, kejadian berlaku jam 3.30 pagi. Dalam keadaan jalan yang sunyi dan gelap. Kami berdua masih terkejut melihat keadaan Redza yang tidak sedarkan diri.
Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon | Bantuan Tiba Pada Jam 6.00 Pagi
Mujurlah ada beberapa penunggang motosikal yang membantu kami mengeluarkan Redza dari kereta. Kami lebih berdebar melihat enjin kereta Redza dah berasap. Bantuan tiba jam 6.00 pagi,” jelasnya lagi.
Tambah Sherry lagi, dia menerima banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas dari rakan-rakan dan ahli keluarga mengenai kejadian.
Saya ucap terima kasih atas doa kalian semua. Alhamdulillah, syukur kami semua selamat. cuma perlu ambil sedikit masa untuk berehat selepas kejadian. Saya masih belum tidur,” ujarnya lagi.
Sementara itu, memetik laporan Kosmo! Redza memberitahu dia hanya memandu dengan kelajuan 80 kilometer sejam dan dia tidak tahu bagaimana boleh terbabas berhampiran terowong tersebut.
Kejadian berlaku terlalu pantas dan selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku kerana pengsan. Saya diselamatkan oleh orang ramai kerana pintu kereta tidak dapat dibuka,” katanya lagi.
The post Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon
Anda sekarang membaca artikel Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kami-menjerit-sambil-membunyikan-hon.html