link : Lebih selesa dipanggil Elvina daripada gelaran Datin
Lebih selesa dipanggil Elvina daripada gelaran Datin
SEKALIPUN bergelar Datin muda, pelakon popular, Elvina Mohamad lebih selesa disapa dengan namanya sahaja.
Pun begitu, selebriti berusia 23 tahun ini tidak mampu menolak menggunakan gelaran terbabit sekiranya terlibat dalam acara rasmi.
“Hahaha… no lah. Still orang panggil El macam biasa. But, kalau ikut suami ke acara rasmi, terpaksa jugalah kan?
“Tapi, saya lebih selesa kalau orang panggil El atau Elvina saja,” katanya pada Sinar Harian.
Elvina selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Hanif Borhan dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan, pada 18 Mac lalu.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani sambil disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan dua sejoli ini juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi yang sama pada 24 Mac depan.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Norzalina Mohamad ini juga bertuah kerana suaminya tidak menghalangnya untuk meneruskan kerjaya seninya.
“Saya beruntung kerana suami tak ada letak sebarang syarat berlakon bahkan dia tak kisah pun.
“Tapi, yelah, bila dah jadi isteri, saya pun harus tahu dan sedar akan batas-batasnya.
“Saya juga akan berbincang dengan suami sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan, selepas ini,” katanya.
Pada masa sama, Elvina yang popular drama bersiri Shhh… I Love You juga tidak mempunyai perancangan untuk berbulan madu.
“Sebenarnya, jadual saya terlalu padat. Insya-ALLAH, selepas tamat majlis resepsi saya akan masuk ke set penggambaran drama bersiri Bila Tuhan Berbisik Cinta,” katanya.
Namun, pelakon drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ini mengakui bersedia untuk bergelar ibu muda.
“Memang tak ada perancangan pun. Tapi, saya dan suami berserah pada rezeki ALLAH.
“Kalau ditakdirkan dapat anak awal. Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, di lokasi yang sama, pasangan mempelai ini juga melangsungkan upacara pertunangan.
Elvina dan Hanif mula berkenalan rapat sejak awal tahun 2016.
The post Lebih selesa dipanggil Elvina daripada gelaran Datin appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lebih selesa dipanggil Elvina daripada gelaran Datin
Anda sekarang membaca artikel Lebih selesa dipanggil Elvina daripada gelaran Datin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/lebih-selesa-dipanggil-elvina-daripada.html