KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST

KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST
link : KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST

Baca juga


KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini berkata polis tidak memusnahkan kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis.

KDN berkata semua kubur yang dijumpai digali polis forensik dan semua rangka manusia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan patologi oleh pakar bedah siasat.

“Polis tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada pegawai polis terlibat dalam kes ini,” kata kementerian dalam jawapan bertulis bertarikh 6 Mac di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Charles Santiago (DAP-Klang) meminta KDN menjelaskan laporan media mendakwa polis mengarahkan 130 kubur mangsa pemerdagangan manusia dimusnahkan dan apakah tindakan kerajaan terhadap anggota dan sindiket terlibat.

KDN berkata polis mengenal pasti 10 warga Thailand dan seorang warga Bangladesh dalam aktiviti penyeludupan manusia itu, serta KDN dan Jabatan Peguam Negara melaksanakan proses penghantaran semua individu terlibat ke Malaysia.

“Namun masih tiada sebarang perkembangan lanjut daripada kedua-dua negara,” kata kementerian.

Pada 20 Disember lalu, NST melaporkan hasil siasatan 2 tahun sepasukan wartawan mereka mendapati pihak berkuasa cuba menangguhkan pengumuman tentang penemuan kubur beramai-ramai selama kira-kira 4 bulan.

Penemuan kubur itu diumumkan oleh ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pada Mei 2015 tetapi NST mendakwa polis sebenarnya mengetahui kewujudkan kubur beramai-ramai itu seawal Januari 2015.

Akhbar itu juga mendakwa polis membersihkan kawasan di mana kubur ditemui sehingga membinasakan pelbagai bukti jenayah. #sumber


Demikianlah Artikel KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST

Sekianlah artikel KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KDN: Polis "Tidak Pernah" Musnah Kubur "Wang Kelian" Seperti Yang Di Lapor NST dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kdn-polis-tidak-pernah-musnah-kubur.html

Subscribe to receive free email updates: