Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH

Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH
link : Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH

Baca juga


Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH

KETIKA berceramah dalam jelajah Pakatan Harapan di Felda di Gunung Besout, Slim River semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh tanah peneroka Felda akan dirampas jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri.

Sewaktu Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu mengharapkan ada yang percaya terhadap tuduhan itu, tiada apa-apa reaksi daripada peneroka Felda yang menghadiri ceramah tersebut.

Tiada di antara peneroka yang bersorak menyokong atau menunjukkan riak wajah percayakan tuduhan tersebut.

Jika ada yang bersorak pun cuma sekelompok kecil hadirin yang sudah pastinya bukan orang Felda sebaliknya orang luar, berdasarkan cara pakaian mereka.

Sebaliknya, warga peneroka yang berusia lewat 50-an dan awal 60-an, yang dikenali menerusi pakaian mereka yang bersongkok dan berserban, sudah tentunya baru pulang dari masjid, sekadar membuat wajah selamba.

Tiada apa-apa reaksi membantah apatah lagi untuk marah atau geram terhadap kerajaan ketika Mahathir melemparkan tuduhan yang tidak berasas itu.

Jelas sekali cubaan Mahathir untuk menakut-nakutkan peneroka Felda dengan tuduhan tanah mereka akan dirampas jika BN memerintah, ternyata tidak berjaya.

Malah, jenaka yang cuba diselitkan oleh Mahathir antaranya, ‘jika BN memerintah, Orang Asli akan teraniaya kerana kegiatan pembalakan yang mengotorkan sungai sehingga mentimun pun sudah jadi pendek’, langsung tidak mencuit hati.

Adalah tidak logik untuk kerajaan merampas tanah peneroka Felda yang telah diberikan geran dan diwarisi sejak beberapa generasi lalu.

Mahathir mendakwa tanah peneroka Felda akan dirampas kerana tanah tersebut digadai menerusi pembelian saham dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang dikatakan mengalami kejatuhan harga di pasaran.

Apakah tiada rasa kasihan melihatkan wajah-wajah peneroka yang sudah dimamah usia cuba ditakut-takutkan dengan tuduhan sebegitu?

Usahlah diganggu peneroka Felda yang selama ini hidup aman damai. Janganlah diganggu perasaan mereka dikala rata-rata dalam kalangan mereka sudah mencecah usia lebih setengah abad.

Kenangkanlah bahawa Felda adalah legasi bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak yang sudah tentu tidak akan dimusnahkan oleh anak beliau sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH

Sekianlah artikel Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Madey Kita Wajib Jangan Percaya Dengan Kata katanya...Wajib Tolak Undi Kepada PH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/madey-kita-wajib-jangan-percaya-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :