Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam

Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam
link : Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam

Baca juga


Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam

Pelakon yang juga finalis Dewi Remaja 2010/2011, Ramona Zamzam, mengakui lebih selesa mengharungi dunia seni dengan cara ‘bersih’ tanpa kontroversi melampau untuk menaikkan namanya.

Jelas Ramona, dia sendiri tidak selesa andai ada cerita kurang enak diperkatakan mengenai dirinya.

“Tidak dinafikan, saya tak ada kontroversi sangat, kalau ada pun awal-awal dulu, saya cepat-cepat nak bersihkan atau pilih untuk diamkan sendiri.

“Bila dah lapan tahun di dalam industri, saya selesa begini. Memang ada orang sarankan saya untuk mencipta kontroversi, tapi kalau saya nak sangat untuk dikenali, dah lama saya cipta sesuatu agar orang kenal saya.

“Tapi saya percaya, kalau kita ada bakat, orang akan tetap nampak kita walaupun tanpa populariti yang banyak,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Membawakan watak Nadira dalam filem KL Special Force
Ramona yang kini masih bercuti selepas melahirkan cahaya mata sulung tiga bulan lalu berkata, dia bersyukur apabila tawaran lakonannya masih tidak berkurang, cuma kini terpaksa menolak lantaran anak yang masih kecil.

“Alhamdulillah, ketika saya hamil pun, ada tawaran yang datang tapi terpaksa saya tolak kerana perut dah nampak. Kali terakhir saya shooting ketika hamil satu bulan.

“Sekarang pun ada tawaran yang datang, tapi kerana saya susukan anak sepenuhnya dan saya sumber makanannya, jadi saya terpaksa menolak.

“Tunggulah bila dia sudah boleh makan, saya sedia untuk mempertimbangkan kembali aktif,” ujar selebriti berusia 28 tahun ini.

Bercerita lanjut mengenai karier lakonannya, pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, dia berasa sangat teruja dan gementar apabila Syafiq menawarkan watak dalam filem KL Special Force arahannya.

“Saya dah lama nak bawa watak aksi, tapi nak buat macam mana bila ramai yang melihat saya sesuai dengan watak antagonis atau perampas.

“Walaupun tak puas sangat sebab saya nakkan karakter yang lebih lasak, saya harap KL Special Force adalah permulaan untuk penerbit menawarkan watak aksi kepada saya,” katanya yang juga berharap untuk membawakan watak psiko dan pembunuh upahan.

The post Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam

Sekianlah artikel Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau saya gila glamor… : Ramona Zamzam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kalau-saya-gila-glamor-ramona-zamzam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :