Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib

Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib
link : Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib

Baca juga


Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  seorang yang bijak menggunakan kesempatan yang ada daripada perpecahan masyarakat Melayu untuk menjamin survival politiknya.

Beliau berkata, apa yang Tun Mahathir lakukan ketika ini (ambil kesempatan perpecahan Melayu) adalah untuk meneruskan legasi bagi kepentingan politiknya.

“Kita sudah lama dipecah perintah. Ketika zaman British, Belanda… Jepun dan sebagainya. Perpecahan ini merugikan orang Melayu…jadi apa yang berlaku sekarang Tun Mahathir meneruskan legasi kita berpecah untuk survival beliau.

“Zaman Tunku Abdul Rahman berlaku perpecahan…zaman Tengku Razaleigh berlaku perpecahan…begitu juga zaman Tun Musa Hitam. Zaman Datuk Seri Anwar juga berlaku perpecaha.

"Apakah kita mahu kembali semula ke zaman berpecah.  Apabila kita berpecah sesiapa juga akan ambil kesempatan…sepatutnya selepas merdeka kita bina lagi struktur lagi satu…iaitu kekuatan kita sendiri,” katanya ketika menjadi ahli Panel Diskusi bersama UMNO-Online, “Anda Tanya, Kita Jawab” yang mengupas tajuk “Memahami MAHATHIRISM” pada Rabu.

Ahli panel lain ialah Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  Anina Saadudin dan dihoskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar bertindak sebagai moderator.

Tambah Muhammad Taib, tindakan Tun Mahathir itu juga boleh dianggap sebagai satu rantaian kerana melemparkan kritikan yang berterusan terhadap pemimpin negara.

“Sejak daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.. tidak ada apa yang betul dan tulis macam-macam. Selepas 13 Mei Tunku meletakkan jawatan… Kemudiannya Tun Razak…waktu berkenaan tidak sempat mungkin kerana tempoh perkhidmatan yang singkat.

“Barangkali terhutang budi dengan Tun Razak yang membawa beliau kembali. Selepas itu dengan Allahyarham Tun Hussein Onn, dengan Tengku Razaleigh dengan Tun Musa Hitam, dengan Anwar Ibrahim, kemudiannya Datuk Seri Abdullah dan sekarang ini Datuk Seri Najib kita nampak macam sesuatu yang berantai. Siapa pun dihentamnya,” ujar beliau.

Sementara itu bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Anina Saadudi berkata, segelintir rakyat khususnya anak muda yang menyokong Tun Mahathir bukanlah semata-mata kerana perjuangan yang dibawa oleh beliau, tetapi hanya berdasarkan sentimen semata-mata.

“Generasi saya, seperti saya sendiri yang membesar di era pemerintahan Tun Mahathir telah didoktrinkan dalam terlalu mengagungkan pentadbiran beliau.

“Perkara ini telah didoktrin dalam pemikiran generasi itu sehinggakan ada yang beranggapan bahawa Tun Mahathir adalah pemimpin paling bijak yang ada dalam negara.

“Sebab itulah hari ini, apa saja kata Tun akan diiyakan oleh penyokong-penyokongnya yang taksub kepada beliau. Contohnya apabila Tun Mahathir bekerjasama dengan Dap, penyokong-penyokong Tun ini tidak berfikir serta sanggup meletakkan fikiran mereka ke tepi.

“Mereka membiarkan Tun memikirkan untuk mereka, sebab anggapan mereka Tun manusia paling bijak serta tahu semua perkara,” ujarnya.


Demikianlah Artikel Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib

Sekianlah artikel Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir bijak ambil kesempatan... - Mat Taib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mahathir-bijak-ambil-kesempatan-mat-taib.html

Subscribe to receive free email updates: