MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA

MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA
link : MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA

Baca juga


MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA

Janji manis yang ditabur Pakatan Harapan diketuai DAP dalam manifestonya termasuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh dianggap sebagai tindakan ‘kamikaze’ sekali gus menghancurkan masa depan negara.

Hal ini kerana, pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas mempunyai banyak kelompongan ibarat mengundur ke belakang sedang­kan Malaysia berada dalam landasan kukuh menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

GST yang telah diperkenalkan sejak 1 April 2015 pada kadar enam peratus telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi dengan menyumbang RM41.2 bilion pada tahun 2016 dan me­nyasarkan RM42 bilion tahun lalu.

Cukai itu juga bertindak sebagai platform bagi menstabilkan keperluan penduduk serta me­rencana kepentingan masa depan negara. Jika tidak, mana mungkin 160 negara seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Jepun, India, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia mempunyai GST atau cukai seumpamanya dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT).

Baru-baru ini, Singapura turut mengumumkan akan menaikkan kadar GST kepada sembilan peratus secara berperingkat bermula tahun 2021 hingga 2025 berbanding tujuh peratus ketika ini. Negara pengeluar mi­nyak terbesar dunia, Arab Saudi juga telah memperkenalkan VAT bagi mengimbangi lebihan per­belanjaan kerajaannya selain tidak mahu bergantung lagi dengan sumber minyak yang selama ini memberi kemewahan kepada rak­yatnya.

Menurut Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Madya Dr. Abu Sofian Yaacob, GST merupakan sistem kutipan cukai tidak langsung paling efisien dan efektif serta menutup kelemahan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Jelas beliau, hasil daripada kutipan GST juga telah banyak membantu pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi negara.

“Jadi mengapa kita perlu mengundur ke belakang semula dengan memansuhkan GST dan memperkenalkan semula SST sedangkan SST bukanlah satu cukai yang baik untuk ekonomi.

“Kebanyakan negara di dunia juga telah lama mengamalkan GST dan kadar tersebut juga telah dinaikkan secara berperingkat seperti yang dilakukan Singapura kerana ia jelas merupakan punca pendapatan kerajaan yang paling besar selepas cukai pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Abu Sofian, pengenalan GST yang dikatakan membebankan rakyat terutamanya golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) adalah tidak tepat kerana kebanyakan barangan yang dikenakan cukai ialah barangan bukan asas atau keperluan harian.


Demikianlah Artikel MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA

Sekianlah artikel MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MANSUH GST TINDAKAN ‘KAMIKAZE’ HANCUR MASA DEPAN MALAYSIA...INI GULA GULA DEDAK PH SAJA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mansuh-gst-tindakan-kamikaze-hancur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :