Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru

Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru
link : Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru

Baca juga


Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru

Sudah tiada Buku Jingga, sekarang diganti Buku Harapan... tapi kedua-duanya sama dipenuhi janji yang bukan untuk ditepati sebaliknya bertujuan mengumpan pengundi.

Tiada yang baru dan segar di sebalik pelancaran manifesto Pakatan Harapan di Shah Alam pada Khamis malam.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata manifesto '10 Janji, 100 Hari' Pakatan Harapan (PH).

Menurut Abdul Rahman, manifesto itu tidak lebih daripada retorik semata kerana tiada janji baru yang segar dan realistik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

"PH berjanji untuk menghapuskan GST 6% dan kembali kepada cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6% (SST) yang tidak telus dan efisyen. GST kutip RM41 billion, SST kutip RM17 billion. Bagaimana Pakatan mahu tampung kekurangan lebih RM20 billion?

"PH mahu kembalikan subsidi petrol bersasar. Sebelum ini mereka janji mahu turunkan harga kepada RM1.50 seliter untuk semua. Flip-flop. Kerajaan BN telah laksanakan subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang benar memerlukan sejak 2012.

Beliau yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut  membidas janji PH berhubung pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Dulu mereka janji nak hapuskan hutang PTPTN. Sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar. Kerajaan telah mengecualikan RM1.23 bln bayaran balik untuk 41,706 pelajar daripada yang mendapat ijazah kelas pertama," katanya.

Ujarnya lagi, manifesto PH yang mahu suri rumah kekal di rumah juga berbeza dengan BN yang mempunyai perancangan lebih komprehensif demi memperkasa wanita.

"BN menyalakan inspirasi agar mereka kekal/menyertai pasaran buruh untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan menaik taraf ekonomi keluarga," katanya.

Abdul Rahman turut berkata, PH tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat macam-macam benda sehingga lupa Pengerusi DAP, Lim Kit Siang pernah berkeras mahukan RCI untuk skandal forex BNM.

"Bila siasatan selesai, dia tolak keputusan siasatan. Mereka patut tuntut juga RCI untuk terowong dasar laut," tegasnya.

Beliau turut membidas PH yang menetapkan had maksima RM500 setahun bagi Skim Peduli Sihat kerana di hospital kerajaan, tiada had untuk rakyat mendapatkan rawatan.

Beliau berkata demikian melalui laman Twitternya sebagai mengulas keyakinan PH untuk melaksanakan 10 janji dalam tempoh 100 hari jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Buku Harapan” oleh PH, terbahagi kepada 5 perkara utama iaitu; mengurangkan kos sara hidup rakyat, reformasi institusi dan dasar, memacu ekonomi kukuh, mengembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan mewujudkan Malaysia yang inklusif dan moderat.

5 janji khas juga disenaraikan untuk golongan tertentu, termasuk peneroka Felda, masyarakat India, kaum wanita, orang muda, dan warga tua.

Untuk Felda pula, PH berjanji akan menyelesaikan skandal yang menyelubungi agensi itu serta mencari jalan untuk memodenkan dan meningkatkan tahap Felda.

Manifesto berkenaan juga antara lain menyentuh mengenai penghapusan PTPTN, mengurangkan harga kereta, reformasi institusi dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


Demikianlah Artikel Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru

Sekianlah artikel Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Manifesto PH: Harapan palsu... janji lama dalam bungkusan baru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/manifesto-ph-harapan-palsu-janji-lama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :