Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search

Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search
link : Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search

Baca juga


Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search

VOKALIS Search, Amy meluahkan rasa kesal apabila buah tangan terbaru mereka, Katharsis dicetak rompak.

Lebih memburukkan, katanya, album tersebut juga dijual secara terbuka dan mudah diperolehi.

“Album terbaru Search/Katharsis dicetak rompak yang dijual secara terang-terangan di dalam Mall Plaza Soong Seng @The Store Melaka,” luahnya di Instagram (IG).

Lebih menyedihkan, katanya, hampir semua album mereka mengalami masalah sama bahkan hasil kegiatan haram itu memberi pulangan lumayan buat si lanun.

“Dari album Cintai Buatan Malaysia 1985 sampailah sekarang 2018. Hasil pendapatan cetak rompak dorang pun meningkat.

Paling tinggi hasil dorang dari album Fenomena lagu Isabella. Masa itu terjual melebihi 200,000 unit.

“Bayangkan berapa banyak dorang sapu hasil seni kita orang? Mana taknya India Cina pun beli album itu. Isabella itu diminati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura. Kira seluruh nusantara minat lagu Isabella.

“Tak habis kat situ, keluar pula dengan dua filem, Isabella dan Fenomena yang menjadi box office. Dengan dua filem itu sekali dorang rompak,” tulisnya lagi.

Tidak hanya itu, katanya, empat album solonya turut menerima tempias yang sama walaupun sudah melakukan pelbagai kempen membanteras cetak rompak.

“Empat album solo aku pun dorang rompak. Daripada album pertama kita orang dah buat kempen pasal cetak rompak. Orang cakap kalau kita tak boleh lawan cetak rompak tapi kita kena join dorang?

“Takkan kita nak jadi perompak yang merompak hasil seni anak bangsa sendiri. Buat perompak ini dorang rompak hasil seni semua bangsa, asalkan yang laris,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 60 tahun ini juga melahirkan rasa kecewa apabila isu tersebut bagaikan tidak ada kesudahannya.

“Hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi dorang masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza dari dulu.

“Penjualan fizikal sangat terhad. Yang membeli adalah peminat fanatik yang beli sebagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi itu dorang jual walaupn salah di sisi undang-undang.

“Lebih teruk lagi dijual secara terang-terangan tanpa deficit pun rasa hormat. Kalaulah hukuman jika didapati menjual hasil seni negara secara haram hukumannya sebat tanpa bicara dari dulu tentunya tak berani dorang jual,” luahnya.

Lebih terbeban, katanya kemelut cetak rompak secara tidak langsung menggugat periuk nasi penggiat seni.

“Kesiankan hasil seni anak bangsa di rompak sejak zaman P. Ramlee lgi. Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yang terbaiklah dari melodi, lirik, cover, sound dengan cost rakaman yang tnggi tapi dorang cost berapa sen sangat, silap-silap GST free lagi sebab hasil haram.

“Realitinya smpai aku dah mati hasil seni aku tetap dirompak macam late P.Ramlee. Ini negara kita macam mana pula negara lain seperti Indonesia? Waktu itu album Fenomena ini terjual melebihi satu juta unit dan berapa pula cetak rompak terjual di sana dengan tiga lagu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dan Nafas Cinta duet.

“Inilah perjalanan anak seni yang sentiasa dirompak. Begitulah kehendak-Nya,” kongsinya lagi.

The post Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search

Sekianlah artikel Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mereka tak pernah berhenti merompak: Amy Search dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mereka-tak-pernah-berhenti-merompak-amy.html

Subscribe to receive free email updates: