Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak

Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak
link : Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak

Baca juga


Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Razali Ibrahim mendedahkan surat kuasa wakil penuh (PA) dalam kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada syarikat swasta ditandatangani pengerusi dan pengurus besar agensi ketika itu.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan maklumat ini tidak membersihkan atau menyalahkan mana-mana orang sehinggalah siasatan Felda dan pihak berkuasa selesai dijalankan.

“Kita zaman sekarang tak boleh sembunyi-sembunyi pun, banyak benda akan terdedah. Sekarang saya jawab di Parlimen. PA tersebut ditandatangani oleh pengerusi Felda dan pengurus besar ketika itu.

“Ini bukan bertujuan tentukan siapa betul, siapa salah kerana siasatan masih berlangsung,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat hari ini.

Fauzi bertanyakan tentang individu dalam agensi kerajaaan itu yang menandatangani PA dalam kejadian itu.

Razali menambah penemuan itu berdasarkan kepada audit forensik ke atas 240 dokumen termasuk minit mesyuarat lembaga Felda.

“Saya tak boleh dedahkan 240 dokumen yang disiasat oleh forensik dan syor-syor yang dinyatakan kerana laporan audit itu juga diminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah satu dokumen siasatan yang sedang berlangsung,” katanya.

Tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur menjadi laporan muka depan akhbar selepas media mendapati tanah kerajaan itu dipindah milik kepada syarikat swasta menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015.

Tanah itu sedang dimajukan untuk membina Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), sebuah projek bernilai tinggi membabitkan 7 menara.

Berita Harian melaporkan pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama dan Felda memberikan PA kepada syarikat itu.

Menurut laporan itu, semua keputusan pelantikan syarikat itu, dipercayai oleh FIC, hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah Felda 3 bulan untuk diluluskan secara retrospektif.

Pada 9 Mac lepas, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda berjaya mengambil semula 16 lot tanah terlibat selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan pemaju KLVC. #sumber


Demikianlah Artikel Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak

Sekianlah artikel Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Razali Dedahkan, Bekas Pengerusi Yang Tandatangan PA Tanah Felda Di Jalan Semarak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/razali-dedahkan-bekas-pengerusi-yang.html

Subscribe to receive free email updates: