NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA

NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA
link : NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA

Baca juga


NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun anggota Rela daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala untuk pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan elaun yang memberi manfaat kepada kira-kira 3.05 juta anggota dan pegawai Rela di seluruh negara itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka sebagai benteng kedua keselamatan negara selepas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mengambil kira kesetiaan Rela, maka saya umumkan kerajaan akan menaikkan elaun anggota Rela daripada RM6 ke RM8 sejam dan daripada RM7.80 ke RM9.80 sejam untuk pegawai Rela.

“Ini merupakan keikhlasan kerajaan bagi menghargai jasa dan kesetiaan Rela,” katanya ke­tika berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela Ke-46 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhid­matan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pe­ngarah Rela, Zulkifli Abidin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta selepas peruntukan keseluruhan sebanyak RM180 juta telah diberikan sebelum ini untuk Rela menyediakan uniform baharu kepada anggota dan pegawainya.

Najib menegaskan, sekiranya kerajaan sedia ada terus diberikan mandat dalam pilihan raya umum akan datang, lebih ba­nyak peruntukan bakal disediakan untuk kemudahan anggota dan pegawai Rela.

Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi yang berlainan daripada PDRM dan ATM, Rela merupakan sebuah badan yang bertindak sebagai mata, telinga dan tangan kepada kerajaan di tengah-tengah masyarakat.

Pada masa sama, katanya, ke­anggotaan Rela yang disertai rakyat daripada pelbagai lapisan kaum dan latar belakang mencerminkan slogan 1Malaysia dan ke­sepaduan sosial negara.

Dalam pada itu, Najib turut membidas pihak yang memperlekehkan peranan dimainkan Rela selama ini dan berjanji untuk terus mempertahankan badan tersebut.

“Kita sebagai kerajaan tidak akan sesekali memperlekehkan anggota Rela, ada orang boleh perlekeh anggota Rela tetapi kita tidak. Rela tetap dekat di hati kerajaan yang ada sekarang maka teruskan perjuangan dan berbaktilah kepada negara.

“Rela sentiasa berkorban dan rela berbakti walaupun dilambung ombak dan lautan, meskipun dipukul taufan fitnah, demi Malaysia dan pertiwi tercinta kedaulatan negara ini akan tetap kita pertahankan,” katanya.


Demikianlah Artikel NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA

Sekianlah artikel NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NAJIB NAIKKAN ELAUN RELA....BAGUS LAH UNTUK DAPATKAN UNDI...APA CAI NAK KATA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/najib-naikkan-elaun-relabagus-lah-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: