Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS !

Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS !
link : Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS !

Baca juga


Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS !


KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PAS menyambut baik penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan berkata, kehadirannya boleh memecahkan undi Umno yang kemudiannya memihak kepada parti Islam itu.

“Dr Mahathir baik untuk kita. Dia dapat memecahkan undi Melayu Umno,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anak kepada bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, beliau yakin terhadap kemampuan rakyat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka baca di Internet daripada “kedua-dua bahagian politik”.

“Hari ini masyarakat begitu terbuka, masyarakat boleh menilai. Dulu berita tertutup milik BN (Barisan Nasional), hari ini semua berita rakyat boleh akses dengan mudah melalui media baru,” katanya sambil menambah pengundi mungkin memilih PAS.

PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM serta menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

Sebaliknya, parti itu menubuhkan Gagasan Sejahtera, blok ke-3 yang dianggotai parti kecil dikenali sebagai Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM adalah pengkritik PAS dan lantang menentang pemahaman agama parti Islam itu.

Nik Abduh berkata, serangan Dr Mahathir terhadap PAS adalah sia-sia.

“Kritikan Dr Mahathir tidak akan memberi kesan kepada kami.”

Beliau bagaimanapun mengakui keputusan PAS tidak menyertai PH menyebabkan parti itu kehilangan sesetengah sokongan orang bukan Islam.

“Ketiadaan DAP tidak menjejaskan undi orang Melayu, cuma ia mungkin menjejaskan sokongan bukan Islam,” katanya merujuk sekutu PH.

“Tetapi, bukan Islam yang telah lama faham perjuangan PAS, mereka tak akan lari daripada PAS.”

PAS bercadang bertanding 130 kerusi Parlimen pada PRU14 yang memaksa pertandingan 3 penjuru dengan BN dan PH. #sumber


Demikianlah Artikel Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS !

Sekianlah artikel Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh: Kehadiran "Mahathir" Dalam PH "Menguntungkan" PAS ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/nik-abduh-kehadiran-mahathir-dalam-ph.html

Subscribe to receive free email updates: