Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni

Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni
link : Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni

Baca juga


Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni

TAIPING: Pemimpin DAP berbohong apabila mendakwa polis cuba menggangu ceramah Pakatan Harapan (PH), kata ADUN Kamunting, Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Menurutnya polis terpaksa menghalang pemimpin PH daripada berucap di atas pentas berupa sebuah treler yang diubah suai untuk tujuan itu, disebabkan kedudukannya menghalang jalan utama kampung itu.

Menurut Zahir beliau mempunyai bukti bergambar yang menunjukkan treler itu menggangu trafik sejak siang hari sehinggalah sepanjang ceramah itu berlangsung.

"Yang jadi masalah ceramah itu telah mengganggu penduduk tempatan apabila jalan utama ditutup dengan pentas. Saya ada bukti bergambar dari siang lagi mereka tutup jalan dengan memasang kontena di tengah jalan untuk dijadikan pentas yang jelas menyebabkan lalu lintas terhalang.

“Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk pergi balik ke rumah dan untuk ke surau,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat ADUN Kamunting, dekat Taiping, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bahawa pihaknya kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menghalang kebebasan bersuara di negara ini berikutan beberapa pimpinan PH dihalang polis daripada berceramah di atas pentas di Kaki Bukit Jana, Taiping, malam Sabtu lepas.

Nga juga berkata insiden yang berlaku ketika Jelajah PH itu memaksa beberapa pemimpin mereka berucap di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas tidak diberi kebenaran oleh pihak polis untuk berucap di atas pentas.

Zahir yang juga pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak berkata DAP perlu memohon maaf kepada penduduk Bukit Jana dengan kesulitan yang mereka hadapi pada malam berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Taiping Ton Zalani Mat Darus berkata pihaknya tidak pernah menghalang parti pembangkang untuk mengadakan ceramah tetapi tindakan pembangkang memasang pentas di tengah jalan utama telah menimbulkan kemarahan penduduk.

“Kor Ming jangan buat sewenang-senangnya kerana negara kita ada undang-undang, kenapa tak buat (pentas di tengah jalan) di tempat lain seperti di Pulau Pinang dan jangan tuduh Adun Kamunting tidak bagi kerjasama,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Perak Hasnan Hassan dalam sidang media berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur Ceramah Jelajah Pakatan Harapan kerana menganjurkan ceramah tanpa permit di bawah  Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.


Demikianlah Artikel Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni

Sekianlah artikel Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin DAP Perak berbohong, dakwa ADUN Kamunting....Bogok Pemimpinan DAP Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pemimpin-dap-perak-berbohong-dakwa-adun.html

Subscribe to receive free email updates: