Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi

Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi
link : Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi

Baca juga


Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini sekali lagi tampil di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi menyerahkan bukti tambahan berkaitan isu pampasan untuk peneroka tanah di Ijok, Selangor.

Beliau menggesa SPRM untuk segera mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri Selangor yang didakwa terlibat dalam beberapa skandal rasuah.

"Hari ini saya tampil menyerahkan semula beberapa dokumen lama dan baru yang sewajarnya SPRM tidak ada alasan lain untuk bertindak," katanya yang ditemui media selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM Selangor.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini pernah menyerahkan dokumen 300 muka surat berkaitan kontroversi sama kepada SPRM pada Ogos tahun lalu.

Namun Chegubard hairan dengan sikap SPRM yang tidak melakukan siasatan walaupun bukti sudah diberi kepada mereka.

Beliau sebelum ini sudah beberapa kali tampil memberi bukti dan dokumen kepada SPRM mengenai skandal rasuah yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.

"Apa sudah jadi dengan kes penukaran status tanah Paya Indah sehingga mengorbankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara menjadi kawasan pebangunan yang mana saya buktikan wujud peranan proksi Azmin Ali dalam melobi perkara tersebut bagi pihak syarikat pemaju?

"Apa dah jadi dengan serbuan dan dokumen bukti kes berkaitan Jana Niaga-Unisel dan MBI?

"Apa sudah jadi dengan skandal tanah Sg.Yu yang mana bukan sahaja diperolehi oleh penyokong Azmin tidak layak mana antara senarai penerima ialah individu yang tak wujud dan diberi kepada no KP palsu?

"Apa sudah jadi dengan kes anak buah Azmin yang ditahan bersama jutaan ringgit?

"Kenapa tiba-tiba SPRM lembab?", soal beliau.

Tanah seluas 880 hektar itu dibeli dua syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998.

Namun selepas itu, ia dirampas kerajaan Selangor ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, selepas kerajaan negeri diambil alih Datuk Seri Azmin Ali, beliau menyerahkan tanah tersebut kepada dua syarikat pemaju terbabit.

Dua pemaju itu kemudiannya menjual tanah itu dengan harga RM1.18 bilion kepada pihak ketiga.

Selain itu, beliau menggesa SPRM menyiasat Pengarah Syarikat LBCN Developement Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mempunyai kaitan dalam transaksi pembelian tanah itu.

"Khairuddin Hassan harus dipanggil ke SPRM bagi memeriksa kepentingan secara langsung mahupun tidak langsung beliau dalam kes skandal ini kerana sememangnya wujud dokumen tandatangannya selaku pengarah di dua syarikat yang dikatakan kerajaan negeri sebagai kroni Umno," katanya.

Chegubard turut menyerahkan bukti baru bahawa berlaku penyelesaian luar mahkamah antara kerajaan Selangor dan dua syarikat yang didakwa kroni Umno itu.


Demikianlah Artikel Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi

Sekianlah artikel Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Ijok: Chegubard serah bukti lagi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tanah-ijok-chegubard-serah-bukti-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: