Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas

Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas
link : Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas

Baca juga


Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas

Aktres jelita Rozita Che Wan (Che Ta) berharap mana-mana wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, perlu kuat semangat dalam meneruskan kehidupan mereka.

Meskipun pahit untuk ditelan, kata Che Ta, perkara itu tidak seharusnya dikenang. Sebaliknya jangan berputus asa berdoa agar Tuhan menggantikn dengan yang lebih baik.

“Bagi wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, jangan lagi dikenang perkara yang lalu.

“Kena teruskan hidup kerana Tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini berkongsi luahan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir wanita yang suka merampas suami orang lain.

Sebelum ini, Che Ta pernah memuat naik status di laman sosialnya yang secara terang-terangan menyindir golongan wanita yang merelakan diri menjadi orang ketiga.

Sambil mengakui anti dengan golongan sebegitu, selebriti berusia 45 tahun ini juga berkata dia tidak faham mengapa ada perempuan sanggup menghancurkan hati wanita lain.

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang? Saya memang tak boleh terima jika ada wanita yang sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain.

Ditanya pihak media, apakah reaksinya jika ada pihak cuba untuk menggugat keharmonian rumah tangganya, sambil bergurau, pelakon Kiah Pekasam ini berkata wanita itu memang sengaja mencari nahas.

“Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia,” katanya sambil tertawa.

The post Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas

Sekianlah artikel Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesanan Che Ta Untuk Wanita Yang Bermadu Atau Suami Dirampas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pesanan-che-ta-untuk-wanita-yang.html

Subscribe to receive free email updates: