PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis

PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis
link : PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis

Baca juga


PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis

SHAH ALAM: Jika PPBM dibubar dan bergabung dengan PKR untuk membentuk parti Melayu terkuat dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia adalah kemungkinan yang amat 'menarik', kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Namun jika dua parti itu benar-benar bergabung, ahli dan pemimpinnya perlu berdepan dengan senarai 'pro dan kontra' yang sangat panjang, kata Kamarul.

Lebih menarik katanya, gabungan itu akan menyaksikan paduan kuasa antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas pembantunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan dibebaskan daripada hukuman penjara pada Jun depan.

"Pronya (gabungan itu) akan menampakkan satu gabungan yang sangat kuat antara Tun Mahathir dan Anuar Ibrahim, namun dalam masa yang sama agak sukar bagi sesetengah pihak untuk menerima Tun Dr Mahathir," katanya ketika dihubungi Antarapos.

PPBM kini berdepan risiko partinya dibubarkan jika tidak menyerahkan maklumat serta dokumen yang diminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi melengkapkan siasatan terhadap 400 aduan ahlinya sebelum ini.

Dokumen tersebut adalah penyata kewangan dan minit mesyuarat PPBM di peringkat bahagian dan cawangan, seluruh negara.

Terdahulu ahli PPBM membuat aduan kepada RoS selepas yakin Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu Disember tahun lalu sebagai tidak sah.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah memberitahu partinya mempunyai beberapa plan jika ia dibubarkan RoS.

Mengulas perihal itu, Kamarul yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) jika PPBM mengambil keputusan untuk menyertai rakan sekutunya yang lain dalam PH, ia akan menimbulkan konflik baru yang dasyat.

"Cuma kalau (PPBM) nak sertai PKR dan Amanah secara beramai-ramai, ia bakal menimbulkan komplikasi kerana masing-masing sudah ada jawatan (dalam parti masing-masing).

"Jika nak ubah jawatan perlu lakukan AGM dan EGM yang bakal melambatkan proses menjelang PRU," tambahnya.

Empat parti komponen PH sebelum ini bertelagah soal siapa calon perdana menteri pembangkang sebelum terjerumus dalam pertikaian agih kerusi.

Sepanjang proses agihan kerusi PH berlangsung, media melaporkan Amanah Johor memulaukan konvensyen kali kedua PH berikutan tidak puas hati dengan jumlah kerusi Parlimen yang diperolehinya, PPBM Negeri Sembilan dilapor membuat kecoh pada konvenysen negeri selepas tidak berpuas hati keputusan agih kerusi manakala di Selangor, pimpinan PH negeri saling berbalas kenyataan - juga kerana tidak berpuas hati sesama mereka.

Kamarul kemudiannya menasihati PPBM agar menyerahkan semua dokumen yang diminta RoS jika benar mereka komited untuk menyegerakan pendaftaran PH di bawah satu logo.

Pendaftaran PH untuk bertanding dalam PRU14 menggunakan satu logo kini terbantut disebabkan masalah yang dicetuskan PPBM. 

"PBBM sepatutnya mengikut semua yang dikehendaki ROS. (Kalau) dilihat semua pemimpin PBBM adalah ahli politik veteran yang tahu syarat-syarat dikehendaki ROS.

"Bila tak buat, ia menimbulkan persoalan  seolah-olah PBBM sengaja hendak menunjukkan seolah-olah  RoS ada tujuan tertentu kepada parti itu," ujarnya.


Demikianlah Artikel PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis

Sekianlah artikel PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM-PKR bergabung, kemungkinan 'menarik' - penganalisis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ppbm-pkr-bergabung-kemungkinan-menarik.html

Subscribe to receive free email updates: