Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni

Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni
link : Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni

Baca juga


Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni

Penyokong pembangkang bersorak awal sangat... riuh rendah macam orang kena 'jackport' petang Rabu sebaik tersebar berita rampasan kapal layar di Bali.

Ini kerana jika ikut laporan media asing (agensi fake news), kapal tersebut dirampas kerana ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sedangkan faktanya, rampasan kapal milik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low itu tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, wang untuk membeli aset tersebut tidak datang secara terus daripada 1MDB malah syarikat pelaburan strategik kerajaan itu langsung tidak membeli aset berkenaan.

“Rampasan kapal layar ini seolah-oleh membuat penyokong Pakatan Harapan diketuai DAP menjadi teruja sedangkan aset yang disita itu bukan milik 1MDB malah 1MDB tidak peduli tentang aset tersebut.

“Ini bukan penyitaan pertama terhadap aset Jho Low, sebelum ini lukisan dan pesawatnya juga dirampas, jadi kenapa perlu gembira dengan penyitaan ke atas sebuah lagi aset,”katanya menerusi Facebook miliknya semalam.

Beliau menekankan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas Jho Low walaupun sudah dua tahun lebih tindakan rampasan sebelum ini.

“Jika kamu mempercayai laporan DoJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) dan WSJ (Wall Street Journal), wang untuk membeli aset ini bukan datang secara langsung daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad) mahu pun 1MDB membayar secara langsung untuk membeli aset ini,” katanya lagi.

Beliau berkata 1MDB tidak perlu bimbang dengan rampasan kapal layar tersebut memandangkan ia bukan sama sekali aset mereka.

“Maka, kapal layar atau aset-aset lain yang dirampas bukan aset 1MDB sama sekali dan 1MDB tidak membuat tuntutan terhadap semua aset itu. Jadi 1MDB tidak akan mengambil kisah sangat,” ujarnya.

Semalam, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal Equanimity bernilai AS$260 juta (RM800 juta) yang didakwa dibeli oleh Jho Low.

Beliau disyaki DoJ sebagai dalang dalam skim untuk mencuri dari dana pelaburan negara.

Sementara itu, Jho Low mendakwa tindakan DoJ keterlaluan, selepas merampas kapal layar mewah yang didakwa dibeli oleh pembiaya itu disita oleh pihak berkuasa Indonesia di perairan negara itu.

Jurucakap ahli perniagaan tersebut berkata, walaupun masih terdapat prosedur pelucuthakan aset, DOJ meneruskan tuduhan palsu yang "sangat mendalam dan bermotif politik". 

"Jabatan Keadilan AS telah meneruskan prosiding pelucuthakan aset dalam kes ini dan masih belum mengambil sebarang langkah untuk membuktikan bahawa sebarang ketidakpatuhan telah berlaku," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

"Oleh itu ia adalah mengecewakan dan bukannya mencerminkan tuduhan mendalam dan bermotif politik, DoJ meneruskan tindakan berlebihan di perigkat global - semua berdasarkan dakwaan salah laku yang tidak disokong sepenuhnya.


Demikianlah Artikel Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni

Sekianlah artikel Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rampasan kapal tiada kaitan dengan 1MBD...Apa Hal Bangang Sangat Puak PH Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/rampasan-kapal-tiada-kaitan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :