Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra

Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra
link : Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra

Baca juga


Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra


KUALA LUMPUR: Berikutan Malaysia Today mahupun penulisnya Raja Petra Kamarudin tidak memberikan respons terhadap surat dikeluarkan oleh peguam mewakili Robert Kuok, hartawan itu berkata beliau berhak untuk mengambil semua langkah undang-undang yang perlu untuk menghalang mereka dan sesiapa sahaja daripada mengulangi kenyataan memfitnahnya.

Ahli perniagaan dan hartawan terkemuka Malaysia itu berkata Malaysia Today dan penulisnya Raja Petra tidak memberikan respons terhadap surat-surat yang dikeluarkan oleh peguam mewakili Kuok di Malaysia dan United Kingdom.

Dalam kenyataan dikeluarkan pejabat Kuok, ia menyatakan walaupun Raja Petra telah mengeluarkan tiga artikel daripada laman web Malaysia Today susulan aduan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 28 Feb, portal berita itu dan Raja Petra terus membuat kenyataan tidak berasas serupa dalam beberapa artikel berkaitan yang telah diterbitkan dalam laman web Malaysia Today.

Menurut kenyataan itu, Kuok, yang dikenali sebagai 'Raja Gula', merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tampil bersuara bagi menyokongnya dan menentang cubaan untuk mencemarkan reputasinya dan memperlekehkan kesetiaannya kepada negara.

Bulan lepas, Raja Petra menerbitkan tiga artikel bertajuk "Malaysian Insight Funder Fingered" pada 21 Feb, "Robert Kuok Wants Chinese Rule in Malaysia" juga pada 21 Feb dan "Robert Kuok Last Chance at Changing the Government" pada 23 Feb, mendakwa Kuok telah membiayai parti-parti politik untuk menggulingkan kerajaan, dan Kuok menafikan dakwaan itu. #sumber


Demikianlah Artikel Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra

Sekianlah artikel Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Robert Kuok 'Pertahan Hak' Untuk Saman Malaysia Today, Raja Petra dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/robert-kuok-pertahan-hak-untuk-saman.html

Subscribe to receive free email updates: