Saya tak takut…: Raja Azmi

Saya tak takut…: Raja Azmi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tak takut…: Raja Azmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tak takut…: Raja Azmi
link : Saya tak takut…: Raja Azmi

Baca juga


Saya tak takut…: Raja Azmi

PENERBIT, pengarah dan penulis skrip, Raja Azmi Raja Sulaiman, 59, mengakui dia lebih takutkan pujian berbanding kecaman netizen.

Jelas Raja Azmi, sebagai manusia yang tidak pernah sempurna, kecaman itu juga adalah satu bentuk kritikan yang perlu untuk kita memperbaiki diri.

“Kalau orang nak kecam atau kritik, saya tak ada masalah. Dalam hidup kalau kita tak dikritik, itu masalah kerana mustahil kita ini sempurna.

“Saya tak takut dengan kecaman tapi lebih takutkan pujian,” ujarnya.

Pengakuan itu dibuat selepas Sinar Harian bertanya tidakkah dia bimbang sekiranya netizen akan mengecam filem pertama arahannya yang akan ditayangkan pada 29 Mac depan.

Apatah lagi, filem ini memaparkan beberapa lawak sarkastik dan double meaning, yang mungkin akan menjadi pertikaian penonton.

Jelas Raja Azmi, dia hanya mengikut apa yang dimahukan oleh penerbit dan penulis skrip, tanpa mengolah ketika penggambaran.

“Sebelum ini bila saya bergelar penerbit dan penulis skrip, saya dapat apa yang saya nak kerana pengarah mengikut apa yang saya mahukan.

“Jadi bila saya menjadi pengarah, saya juga harus mengikut apa yang penerbit dan penulis skrip mahukan untuk filem ini.

“Bila kena ikut kehendak orang, ia memberi cabaran besar buat saya kerana saya rasa seperti terbatas dan tak bebas untuk membuat apa yang saya mahu.

“Walaupun agak mencabar, tapi saya tetap turutkan apa yang penerbit mahu dan tidak ada apa-apa yang saya ubah,” jelasnya.

Penggambaran filem ini dilakukan di Bentong, Pahang selama 21 hari pada bulan September tahun lalu.

Bahkan, Raja Azmi juga tidak bimbang dengan penayangan filem ini dan merasakan selera penonton tidak boleh dijangka.

“Walaupun selera penonton tidak boleh dijangka, saya tak bimbang. Sebab kita tak tahu apa mereka nak dan mereka tak tahu apa yang kita bagi.

“Jadi bila mereka rasa nak tahu, mereka akan tonton.

“Apa yang saya harapkan cucu akan menjadikan filem ini sebagai hadiah buat datuk mereka. Jika datuk mereka masih hidup, bawalah berjalan, bawalah tengok wayang.

“Memang jarang kita tengok cucu bawa datuk berjalan dan saya rasa ini lah masanya,” ujarnya.

Filem Enjin No 9 mengisahkan Pak Leman telah berkahwin sebanyak lapan kali. Dia mahu kahwin buat kali kesembilan dengan janda Wan Limah.

Dia meminta cucu lelakinya untuk membantu melamar wanita itu. Bagaimanapun hasrat itu telah ditentang oleh Kak Leha, seorang wanita yang memperjuangkan hak wanita di kampung.

Dia dan pengikutnya cuba merosakkan perkahwinan itu kerana mendakwa ia membawa malu kepada kampungnya.

The post Saya tak takut…: Raja Azmi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saya tak takut…: Raja Azmi

Sekianlah artikel Saya tak takut…: Raja Azmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tak takut…: Raja Azmi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/saya-tak-takut-raja-azmi.html

Subscribe to receive free email updates: