HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP

HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP
link : HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP

Baca juga


HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP

Semua tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang suka menggunakan kaedah strategi ‘lompat kawasan’ setiap kali berlangsungnya pilihanraya umum di negara ini.

Konsep yang digunakan DAP ibarat habis madu sepah dibuang di kawasan-kawasan yang diwakilinya tidak kira di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

DAP mempunyai kecenderungan untuk lompat kawasan kerana tindakan ini merupakan hasil didik tok guru mereka sendiri iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang kerap berubah kawasan setiap kali pilihanraya diadakan.

Di Johor, penduduk Gelang Patah harus belajar daripada kesilapan dengan membuat pilihan yang tepat dan tidak memilih wakil rakyat yang tidak mampu berkhidmat untuk masyarakat.

Apa yang pasti pembangkang sudah pasti meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah pada Pihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sama seperti yang dilakukan pada PRU-13.

Pada PRU-13, pembangkang meletakkan wakil luar, Lim Kit Siang yang terbukti telah mengabaikan pengundi yang memilih beliau.

Tidak mustahil Lim Kit Siang akan ‘lari’ ke kawasan lain PRU-14 dan pasti pembangkang akan sekali lagi meletakkan calon luar.

Sepanjang perkhidmatan Lim Kit Siang sebagai wakil rakyat di Gelang Patah, beliau kurang memberi tumpuan dan  perhatian kepada masalah di kawasan tersebut.

Perkara ini boleh diukur dengan tindakan penduduk menaikkan ‘banner’ mempersoalkan ketiadaan wakil rakyat Gelang Patah itu ketika rakyat memerlukan bantuannya untuk menyelesaikan isu di kawasan tersebut.

Jesteru ini, pengundi di Gelang Patah perlu lebih bijak memilih calon yang akan bertanding pada kali ini dan jangan biar sejarah lama berulang. Jika tidak pengundi Gelang Patah perlu menanggung beban ini untuk tempoh 5 tahun lagi.

Semestinya anak tempatan yang sentiasa bersedia menabur bakti kepada rakyat adalah calon yang paling tepat untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat dan bukannya calon luar.


Demikianlah Artikel HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP

Sekianlah artikel HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HABIS MADU SEPAH DIBUANG-STRATEGI POLITIK DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/habis-madu-sepah-dibuang-strategi.html

Subscribe to receive free email updates: