SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT

SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT
link : SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT

Baca juga


SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT

Ketika ini Pakatan Harapan diketuai DAP semakin rancak mengadakan sesi ceramah dan perjumpaan dengan orang ramai.

Siang malam mereka turun padang bertemu rakyat termasuklah yang tiba-tiba rajin pula memotong rumput di kawasan tanah perkuburan.

Apa yang menarik perhatian ialah bagaimana pemimpin pakatan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam ceramah-ceramah mereka.

Sementara Tun Dr. Mahathir Mohamad terus melempiaskan dendam politiknya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melemparkan pelbagai tohmahan, pemimpin-pemimpin yang lain pula ghairah menabur janji-janji palsu kepada rakyat.

Menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan janji manis yang ditaburkan dengan harapan rakyat akan menyokong mereka.

Ia ‘dilengkapi’ dengan fitnah ke atas pemimpin-pemimpin BN termasuklah menggunakan isu lapuk 1MDB.

Ternyata sekali pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sudah terdesak, mereka terpaksa menggunakan apa sahaja isu bagi membolehkan rakyat menyebelahi mereka.

Namun begitu berdasarkan sambutan rakyat di majlis-majlis ceramah pakatan itu khususnya melibatkan orang Melayu adalah jelas, mereka semakin ditolak oleh rakyat.

Oleh itu kita tidak perlu terkejut jika isu menghapuskan GST akan menjadi modal utama kerana semua orang tahu kelompok mana yang tidak suka kepada sistem cukai berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin BN tidak perlu tergugat dengan strategi dan taktik pakatan tersebut, sebaliknya teruslah usaha mendekati rakyat.

Hentikanlah perbalahan  sesama sendiri kerana ia tidak akan menguntungkan parti.

Biarlah pakatan yang kemaruk kuasa itu dengan taktik lapuk mereka kerana kesudahannya rakyat pasti mampu menilai siapa yang semakin kalut dan mengarut. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT

Sekianlah artikel SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEMAKIN KUAT TABUR FITNAH, PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KALUT, MENGARUT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/semakin-kuat-tabur-fitnah-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates: