Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP

Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP
link : Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP

Baca juga


Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP

Beria-ia Datuk Zaid Ibrahim menuduh Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak bertindak apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat.

Malah, beliau mempersoal di mana Shahrir ketika Muhyiddin – pemimpin UMNO Johor dan bakal calon perdana menteri itu dipecat.

Untuk rekod, Muhyiddin kini Presiden PPBM dipecat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 Jun 2016 kerana pelanggaran disiplin, menyerang kepimpinan parti dan berada sepentas dengan pembangkang.

Turut dipecat pada tarikh tersebut Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malangnya, Zaid yang kini hanya ahli DAP tetap melihat Muhyiddin sebagai pemimpin agung sehingga pada pendapatnya Shahrir patut menyebelahi Ahli Parlimen Pagoh itu.

Tidak perlulah Zaid memburuk-burukkan Shahrir di Johor Bahru, jika mahu membunuh karektor Ahli Parlimen Johor Bharu selama enam penggal itu.

Pengundi di kawasan itu tentu lebih kenal Shahrir berbanding Zaid yang melompat dari satu parti ke parti lain untuk menagih simpati, namun akhirnya menjadi tunggangan DAP.

Jika Zaid lebih hebat tentu beliau sudah menang pada PRK Hulu Selangor menentang calon BN, P.Kamalanathan pada 2010.

Zaid ketika itu berada di dalam PKR dan kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keyakinan DAP kononnya beliau boleh mempertahankan kerusi parlimen itu, serta ramai kenalan Cina, maka beliau dicalonkan.

Sedangkan PKR Selangor lebih yakin Dr Halili Rahmat adalah pilihan terbaik dan anak tempatan yang boleh menggantikan arwah Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.

Keputusannya Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi dan Zaid – calon tersohor, bekas menteri UMNO tewas kepada anak muda daripada MIC.

Akhirnya Zaid memilih menyertai DAP, bukan sebagai pemimpin tetapi hanya ahli biasa yang digunakan parti itu untuk menyerang UMNO dan kerajaan.

Selepas setahun bersama DAP, Lim Kit Siang ketika menerima keahlian Zaid menasihatkan beliau jangan bercita-cita menjadi primadona parti.

Betul. Penasihat DAP itu memastikan Zaid hanya kekal sebagai macai parti itu apabila tidak ditawarkan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Namun, DAP terus memperkudakan beliau dan Zaid turun berceramah di Johor Bharu semalam untuk memperlekeh Shahrir – musuh nombor empat dalam senarai pembangkang.

Betul kata Zaid, Shahrir sering dilihat sebagai pemimpin yang berprinsip, pernah bertanding dan memenangi kerusi Johor Bharu sebagai calon bebas.

Ternyata orang Johor lebih kagum cara Shahrir berbanding Muhyiddin.

Dan Shahrir bukan tidak pernah memperdulikan Muhyiddin tetapi sudah menasihatkan bekas timbalan perdana menteri menggunakan saluran betul jika tidak berpuashati dengan kepimpinan bukannya duduk sepentas dengan pembangkang.

Malangnya, Muhyiddin yang merasakan beliau mempunyai pengaruh besar di dalam UMNO tetap berdegil sehingga MT memecatnya.

Paling malang, hanya beberapa kerat sahaja yang mengikut jejaknya meninggalkan UMNO

Inilah yang tidak difahami Zaid perbezaan antara Shahrir dan Muhyiddin.


Demikianlah Artikel Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP

Sekianlah artikel Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serang Shahrir: Zaid terbukti hanya tunggangan DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/serang-shahrir-zaid-terbukti-hanya.html

Subscribe to receive free email updates: