link : Siti belum bersalin : Pengurus
Siti belum bersalin : Pengurus
PENGURUS kepada Datuk Seri Siti Nuhaliza, Rozi Abdul Razak memaklumkan, penyanyi nombor satu negara itu belum lagi bersalin.
Menerusi kenyataan yang dibuat melalui Instagram peribadinya tengah hari tadi, Rozi memaklumkan Siti akan membuatkan pengumuman kelahiran secara sama rata sekiranya sudah selamat melahirkan nanti.
“Belum… belum… Tadi Siti ditemubual secara panggilan video di Melodi TV3, maknanya beliau masih belum bersalin.
“Kepada para peminat Siti dan juga rakan-rakan media yang dihormati, jangan risau, sebagaimana beliau membuat pengumuman hamil secara ‘samarata’ , jika beliau selamat melahirkan nanti, pihak kami juga akan berbuat demikian,” tulisnya.
Rozi juga turut meminta penyayi kesayangan ramai itu diberi sedikit ruang bagi melalui detik istimewa tersebut.
“Kala tiba saat dan harinya, pasti khabar ini akan dikongsi bersama.
“Terima kasih kepada yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menghubungi.
“Insha Allah seperti yang saya tuliskan di atas, tiba saat dan harinya, selesai semua perkara, khabar ini akan dikongsikan jua,” ujarnya.
Sementara itu, Siti turut mengulang siar status berkenaan dan memberitahu akan berkongsi berita gembira itu pada masa yang sesuai.
“InshaaAllah… Saya akan kongsikan pada masa yang sesuai ye,” tulisnya.
Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apabila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.
Beliau dijangka melahirkan cahaya mata sulung itu dalam dalam masa terdekat secara pembedahan.
Kebanyakan netizen membuat andaian Siti akan bersalin hari ini kerana tarikh cantik 18.3.18.
Namun dalam masa sama, ramai yang turut mendoakan agar Siti dan anak yang dikandungkan, selamat dan dipermudahkan urusan bersalin kelak.
The post Siti belum bersalin : Pengurus appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Siti belum bersalin : Pengurus
Anda sekarang membaca artikel Siti belum bersalin : Pengurus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/siti-belum-bersalin-pengurus.html