TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU

TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU
link : TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU

Baca juga


TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, dijangka mempertahankan kubu kuatnya di Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, PAS juga dilihat akan bekerja kuat untuk mempertahankan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam genggaman parti itu – Alur Limbat dan Bukit Payong.

DUN Pengkalan Berangan yang menjadi kerusi tunggal disandang wakil Barisan Nasional (BN), A Latiff Awang juga cuba diintai parti itu walaupun ia diramal sukar untuk ditumbangkan PAS.

PRU-14 juga akan menyaksikan PAS bukan saja bakal berdepan dengan BN, tetapi juga bekas ahlinya yang berpatah arang dengan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-13, PAS ‘mencipta onar’ apabila menjadi satu-satunya kawasan Parlimen di Terengganu yang mencetuskan insiden rusuhan apabila penyokong parti itu bertindak menyekat jalan raya di hadapan rumah Hadi di Rusila, Marang.

Tahun ini, gelombangnya dijangka lebih kuat apabila BN diramalkan mampu memenangi pertandingan tiga kerusi di Bukit Payong dan Alur Limbat. PH dijangka memecahkan undi PAS, sekali gus menarik undi daripada ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan parti Islam itu.

Ahmad Razif diramal kekal

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan penyokong tegar PAS dan Hadi akan bekerja bermati-matian memastikan kemenangan di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

Ada juga pihak meramalkan PAS mengerah jentera partinya untuk bekerja kuat bagi merampas kerusi Parlimen Kuala Nerus dan menumbangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif di Seberang Takir, selain mengekalkan penguasaan di DUN Tepoh, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal.

Namun, berdasarkan usaha dan perkhidmatan cemerlang Ahmad Razif di Kuala Nerus, BN diramalkan merampas semula kerusi Tepoh dan Teluk Pasu.

Dengan kedudukan PAS yang dilihat ‘longgar’ di Teluk Pasu apabila hanya memenangi kerusi itu dengan majoriti 109 undi menewaskan calon BN pada PRU-13, kehadiran calon PH dilihat akan menjejaskan peluang PAS untuk terus memenangi kerusi itu.

Apatah lagi DUN Teluk Pasu diketahui umum sebagai antara kerusi panas dan kuat serta dikuasai BN selama beberapa penggal dalam PRU sebelum ini.

Begitu juga di Tepoh apabila PAS hanya memenangi kerusi itu dengan majoriti 229 undi menewaskan calon BN dan sekali lagi calon PH akan mencetuskan pecahan undi buat PAS, sekali gus menyaksikan undi pemilih bakal memihak kepada BN.

Kerusi Bukit Tunggal yang dimenangi PAS dengan majoriti 652 undi pada PRU-13 juga dijangka sengit dan tidak mustahil kembali kepada BN.

Beralih ke Parlimen Kuala Terengganu, ia dijangka menjadi medan pertempuran utama untuk BN merampas kembali kerusi, selepas hilang semua kerusi dalam Parlimen ini pada PRU lalu.

Kelebihan kepada BN

Pertandingan tiga penjuru mungkin sekali lagi memberi kelebihan buat BN untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan empat kerusi DUN di dalamnya, Ladang, Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Bandar.

PH diramal akan mencalonkan tidak lain dan tidak bukan pemimpinnya, Raja Kamarul Bahrin Shah untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya atas tiket PAS pada PRU-13.

Mungkinkah pengaruh dan sokongan terhadapnya semakin hilang selepas keluar daripada PAS. Namun, apa yang pasti ia diramal sebagai laluan mudah untuk BN merampas kembali kerusi.

Tentunya sentimen kepentingan dan kepercayaan pengundi, selain kriteria calon boleh menang untuk parti akan menjadi keutamaan BN di Kuala Terengganu, Ladang, Batu Buruk, Wakaf Mempelam dan Bandar.

Bagi PAS, hasrat PH mempertaruhkan pemimpin serpihan acuan PAS dan UMNO untuk bertanding, sekali gus menyebabkan pertandingan tiga penjuru tidak membimbangkan parti itu.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Satiful Bahri Mamat, berkata ramalan banyak pihak bahawa PAS berdepan laluan sukar kerana pecahan undi yang akan lebih memihak kepada BN juga sebagai satu andaian yang tidak menjejaskan keyakinan parti itu.

“Pihak yang buat analisis boleh kata apa saja. Bagi PAS, kita duduk pada peringkat akar umbi dan sentiasa mengkaji momentum peringkat akar umbi. Kita tahu bagaimana kuat sokongan pengundi kepada PAS.

“Daripada dapatan yang kita peroleh, walaupun kita bakal berdepan pertandingan tiga penjuru bertemu BN dan PH, PAS masih menjadi pilihan penyokong dan pengundi.

“PH yang merangkumi Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukan parti dominan di Terengganu. Yang kita geruni hanya BN kerana merekalah lawan sebenar kita,” katanya.


Demikianlah Artikel TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU

Sekianlah artikel TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERENGGANU TETAP JADI MILIK BN JIKA 3 PENJURU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/terengganu-tetap-jadi-milik-bn-jika-3.html

Subscribe to receive free email updates: