Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan

Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan
link : Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan

Baca juga


Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan

SELEPAS penampilan khasnya bersama kumpulan Shiro dalam salah satu persembahan mingguan Maharaja Lawak Mega sebelum ini mendapat perhatian ramai, aktor hebat, Nasir Bilal Khan sekali lagi bakal tampil dalam program komedi.

Kali ini, pelakon yang cukup dikenali dengan karakternya yang serius ini akan menjadi Tukang Buka Panggung dalam persembahan komedi Bocey & Friends Live, bermula 23 Mac depan.

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh setuju untuk terlibat dalam program komedi kerana sudah sedia maklum saya lebih dekat dengan karakter yang serius.

“Sebenarnya saya tidak ada masalah langsung untuk bekerjasama dengan sesiapapun atau dalam bidang apapun, asalkan apa yang dikerjakan itu dapat memberi manfaat pada masyarakat.

“Komedi memang bukan bidang saya, tetapi sekiranya program yang ditawarkan itu mempunyai matlamat yang sama dengan saya, semestinya saya akan memberikan 100% komitmen,” tegasnya ketika ditemui di majlis sidang media Bocey & Friends Live semalam.

Menurutnya lagi, sebagai orang seni dia sentiasa cuba untuk berkomunikasi dengan masyarakat menerusi bakat yang ada.

“Pertama saya muncul dalam persembahan komedi ketika memenuhi undangan kumpulan Shiro dalam Maharaja Lawak sebelum ini.

“Pengalaman yang cukup menarik buat saya kerana selain kita membawa mesej dalam persembahan, kita mengharapkan orang terhibur dan ketawa.

“Ketawa itu adalah terapi terbaik buat manusia, dan persembahan komedi memberikan itu,” katanya.

Ditanya apakah dia akan lebih banyak terlibat dalam persembahan komedi selepas ini, Nasir mengakui belum pasti tentang perkara itu.

“Saya belum boleh buat keputusan lagi, kena tengok dulu apa yang akan berlaku dan respons yang diberikan penonton sepanjang program ini berlangsung nanti.

“Selepas ini saya akan nilaikan semula adakah penglibatan saya dalam komedi boleh beri impak yang baik kepada penonton atau sebaliknya.

“Kalau OK, saya akan teruskan dan jika sebaliknya mungkin saya akan fokus kepada apa yang saya buat selama 35 tahun ini iaitu dalam bidang lakonan,” katanya kepada Sinar Harian.

The post Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan

Sekianlah artikel Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada masalah kerjasama dengan sesiapa: Nasir Bilal Khan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tiada-masalah-kerjasama-dengan-sesiapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :