"Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" !

"Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" !
link : "Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" !

Baca juga


"Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" !


PETALING JAYA: Bersih 2.0 menolak kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa persempadanan semula bukan faktor penentu kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata, tatacara pembahagian kawasan pilihan raya dan kesamarataan bilangan pengundi di setiap kawasan penting dan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

“Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) memenangi hanya 47% undi popular, akan tetapi ianya bersamaan dengan kemenangan 60% kerusi Parlimen.

“Jika dianalisis, kawasan Parlimen dimenangi BN mempunyai purata 46,860 pengundi, manakala kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat mempunyai purata 79,092 pengundi.

“Hakikatnya, pelbagai kajian menunjukkan peratusan kemenangan kerusi Parlimen BN meningkat setiap kali pilihan raya selepas persempadanan semula dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, artikel akhbar United Kingdom, The Economist mengelirukan selepas mendakwa terdapat manipulasi sistem pilihan raya untuk membantu kemenangan BN pada PRU14.

SPR menegaskan, semua sistem yang dijalankan seperti pendaftaran pemilih, penjalanan pilihan raya dan persempadanan semula adalah telus dan adil.

Bagi Bersih 2.0, persempadanan semula mengandungi “gerrymandering” dan “malapportionment” yang tidak adil walaupun Seksyen 2(c) Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan “bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya dalam setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak.

“Dan Seksyen 2(d) Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan memerlukan pemeliharan hubungan tempatan,” katanya.

Jawatankuasa pemandu itu juga berkata, tindakan SPR mengemukakan laporan akhir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sah kerana hampir 200 kumpulan pembantah di Selangor yang merangkumi lebih 20,000 ribu pengundi masih belum mendapat hak mereka.

“Penyalahgunaan kuasa SPR dan perdana menteri dalam isu persempadanan semula tidak akan dilupakan.

“Pengundi akan memastikan mereka akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan memanipulasi persempadanan pilihan raya,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel "Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" !

Sekianlah artikel "Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Persempadanan Semula:" Bersih 2.0 Menolak Kenyataan SPR "Nafi Bantu BN" ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/persempadanan-semula-bersih-20-menolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :