Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB

Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB
link : Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB

Baca juga


Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak punya alasan untuk menafikan kaitan ahli perniagaan Jho Low dengan syarikat 1MDB.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, hubung kait ahli perniagaan itu dengan 1MDB dapat disahkan melalui dokumen surat-menyurat Bank Negara Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Bank Negara dilaporkan telah menulis kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin pada 6 April 2016 untuk mengesahkan bahawa Good Star Ltd, sebuah syarikat yang didaftarkan oleh Cayman Island, dimiliki oleh Jho Low.

“Walaupun perkara itu tidak dibentangkan dalam laporan akhir PAC kononnya disebabkan campur tangan Hasan, Wall Street Journal berkata pihaknya ada melihat surat dari Bank Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fakta ini kata Setiausaha Publisiti DAP itu bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun yang mendakwa Jho Low tidak mempunyai peranan dalam firma yang bermasalah itu merujuk kepada rumusan PAC.

Sehubungan itu katanya, Fuzi perlu menyiasat sama ada polis benar-benar menjalankan siasatan ke atas  pemindahan $1.03 bilion dari 1MDB ke Good Star.

Beliau juga membangkitkan persoalan adakah polis menyoal siasat pegawai Bank Negara yang mengesahkan penglibatan ahli perniagaan kontroversi itu dengan Good Star.

“Jika tidak, nampaknya KPN perlu dipecat kerana beliau cuba melindungi penyanggak besar yang merompak rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Jho Low sekali lagi mencuri tumpuan ekoran rampasan kapal persiaran Equanimity bernilai US$250 juta oleh pihak berkuasa Indonesia.

Kapal itu dirampas atas dakwaan dimiliki oleh Low yang dibeli menggunakan dana berkaitan 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan. #sumber


Demikianlah Artikel Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB

Sekianlah artikel Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tony Pua: Surat Bank Negara, PAC Bukti Pembabitan Jho Low Dengan 1MDB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tony-pua-surat-bank-negara-pac-bukti.html

Subscribe to receive free email updates: