Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh !

Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh !
link : Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh !

Baca juga


Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh !


TEMERLOH: Jentera PAS Kawasan Temerloh diseru untuk bergerak kerja semaksimumnya bagi mempertahankan kemenangan PAS di Parlimen Temerloh dan Dun Kuala Semantan disamping menawan Dun Mentakab dan Lanchang.

Penegasan itu dinyatakan Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Temerloh Kali Ke-31 di Markaz Tarbiah Darul Amin, Sungai Gau, di sini kelmarin.

Menurut beliau, Temerloh merupakan salah satu daripada Parlimen yang disenaraikan mesti menang seperti disasarkan oleh Presiden PAS dalam menjadikan PAS sebagai King Maker selepas PRU akan datang.

Maka itu katanya, Jentera PAS Temerloh mestilah sudah berada pada persiapan terbaik buat masa ini di mana gerak kerja perlulah berfokus pada golongan sasaran terutamanya pengundi muda yang pertama kali mengundi.

“Pilihanraya kali ini sangat penting buat kita (PAS). Kerana ia akan menentukan survival kuasa politik Islam dalam pentadbiran negara.

"Kita masuk bertanding untuk memerintah bagi mengembalikan semula kuasa politik Islam. Inilah yang tercatat dalam Perlembagaan PAS”, ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Ustaz Idris turut membacakan perutusan khas Presiden PAS khusus buat Jentera PAS Temerloh yang antara lain memberi peringatan agar semua ahli mengukuhkan akidah perjuangan.

Perkara itu jelas Tuan Guru, mesti dilaksanakan melalui budaya ilmu dan hubungan dengan Allah agar tidak mudah goyah terhadap ujian perjuangan dan juga kemenangan yang akan dikecapi nanti.

Ustaz Idris juga sempat menitipkan harapan khusus buat jentera muda PAS untuk aktif membantu gerak kerja pilihan raya PAS khususnya dalam media massa dan media sosial.

Menurut beliau, jentera PAS wajib menjadikan akhbar Harakah dan portal Harakahdaily sebagai rujukan utama dalam segala isu dan maklumat kerana ia adalah lidah rasmi parti dalam membawa suara dan keputusan pimpinan. #sumber


Demikianlah Artikel Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh !

Sekianlah artikel Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ustaz Idris Ahmad Mahu Kekalkan Kemenangan Parlimen Temerloh ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ustaz-idris-ahmad-mahu-kekalkan.html

Subscribe to receive free email updates: