link : VVIP lah, bukan Ahya…
VVIP lah, bukan Ahya…
“SAYA tidak ada apa-apa hubungan dengan dia,” tegas penerbit popular Datuk A. Aida, 47, menjelaskan hubungannya dengan Ahya Rosli, 30.
Katanya, cerita sebelum ini sudah disalahertikan oleh sesetengah individu sedangkan dia hanya menganggap anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu sebagai adik.
“Ramai yang salah interpretasi cerita yang dilaporkan sebelum ini. Apabila saya cakap tidak menolak andai jodoh, itu tidak bermakna saya ada hubungan istimewa dengannya.
“Beza kami 17 tahun. Anak saya pun ada yang sebaya dengan dia. Saya lebih selesa mencari pasangan yang lebih tua,” katanya.
Aida juga mengakui, isu yang diperkatakan itu sedikit sebanyak mencalarkan nama serta mengguris reputasinya.
Sementara itu, Aida turut mendedahkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seseorang yang lebih berusia darinya.
“Saya sedang mengenali seorang VVIP yang lebih berusia dari saya. Saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan kerana banyak hati yang perlu saya jaga,” katanya.
The post VVIP lah, bukan Ahya… appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel VVIP lah, bukan Ahya…
Anda sekarang membaca artikel VVIP lah, bukan Ahya… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/vvip-lah-bukan-ahya.html