RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...?

RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...?
link : RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...?

Baca juga


RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...?

Usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 6 April tahun lalu menyerlahkan wajah sebenar Pakatan DAP.

Ketika itu Pakatan Harapan (PH) dianggotai 4 parti; DAP (37 Ahli Parlimen), PKR (30), Amanah (6) dan PPBM (1) yang di atas kertasnya Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi peluang Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan usul RUU355, orang pertama yang bangkit menggangu adalah Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Ia diikuti dengan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo.

Seterusnya, bantahan DAP itu disokong oleh Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye dan Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Pada awalnya Ahli-Ahli Parlimen Amanah hanya menjadi pemerhati sahaja, namun apabila Ahli Parlimen DAP dan PKR bergilir-gilir membantah, akhirnya tampil pula Ahli Parlimen Amanah Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tukang sorak.

PPBM yang mempunyai seorang Ahli Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh hanya mendiamkan diri sahaja.

Kira-kira 35 minit masa Dewan Rakyat dibazirkan sebelum Abdul Hadi berjaya membentangkan usul RUU355 tersebut.

Secara tersurat, usul RUU 335 mendedahkan wajah sebenar Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh DAP dengan dibantu oleh sekutu rapatnya, PKR. Manakala Amanah dan PPBM hanyalah pengikut sahaja.

Ini bersesuaian dengan kedudukan bilangan kerusi Ahli Parlimen; DAP (37), PKR (30), Amanah (6) dan PPBM (1).

Sebagaimana strategi DAP mempotretkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, walhal Kit Siang sebenar Ketua Pembangkang sebenar berdasarkan bilangan kerusi yang dimiliki parti majoriti kaum Cina itu.

Kini, DAP menukar strategi dengan menurunkan Wan Azizah sebagai Pengerusi PH dan menobatkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH dan calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.

Walhal, PPBM merupakan parti paling junior dalam PH dan Dr Mahathir bukan merupakan Ahli Parlimen serta status quo; DAP (37), PKR (30), Amanah (6) dan PPBM (1) masih kekal dalam Dewan Rakyat.

Inilah strategi utama DAP, walaupun memiliki kerusi paling majoriti di Dewan Rakyat tetapi mengumpankan muka Melayu-Islam sebagai Pengerusi PH, Ketua Pembangkang dan bakal calon PM untuk mengelabui undi masyarakat Melayu-Islam.

Barangkali Kit Siang sudah mencongak dengan strategi itu yang untung selepas PRU 14 bukannya PPBM atau Amanah, tetapi DAP dan PKR.


Demikianlah Artikel RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...?

Sekianlah artikel RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355 SERLAH WAJAH SEBENAR DAP...DALAM SEKUTU DAP PUN NAK SOKONG LAGI PPBM,PKR DAN PAN...? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ruu-355-serlah-wajah-sebenar-dapdalam.html

Subscribe to receive free email updates: