Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun

Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun
link : Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun

Baca juga


Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak untuk bersara lebih awal daripada arena politik.

Berucap dalam pada majlis Aspirasi Transformasi Nasional (TN50) @Bagan Datuk yang diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, kenyataan Timbalan Pengerusi BN itu dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 93 yang keluar dari persaraan untuk bertanding Pilihan Raya Umum (PRU14)

Zahid, 65, berkata beliau sedia memberikan peluang kepada golongan muda untuk menerajui kepemimpinan negara termasuk di Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya.

“Saya tidak mahu bertanding lagi sehingga berusia 93 tahun. Cukup-cukuplah, beri peluang kepada anak-anak muda termasuk di Bagan Datuk sendiri.

“Saya tidak mahu menongkat langit,” katanya hari ini yang menyandang kerusi Bagan Datuk sejak 1995.

Zahid merupakan Ketua Pemuda UMNO pada 1998 ketika Dr Mahathir masih menerajui negara dan kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan sudah mengesahkan akan bertanding pada PRU14 akan datang dan diumumkan sebagai perdana menteri ke-7 jika pembangkang mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Laporan beberapa portal berita menyebut beliau bakal  bertanding di Langkawi, Kubang Pasu ataupun Putrajaya.

Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi BN pernah menyandang kerusi Kubang Pasu selama tujuh penggal.


Demikianlah Artikel Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun

Sekianlah artikel Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid tidak mahu bertanding pada usia 93 tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/zahid-tidak-mahu-bertanding-pada-usia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :