15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won

15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won
link : 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won

Baca juga


15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won

“Rasa tak percaya! Seperti mimpi jadi kenyataan” itu luahan salah seorang peminat selepas bertemu dengan pelakon dan model terkenal Korea, Gang Dong Won di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi.

Menurut peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Lim Way Jing itu, dia sudah meminati bintang berasal dari Busan itu sejak 15 tahun lalu selepas ternampak gambar pelakon berkenaan di sebuah majalah terbitan Korea.

“Saya mula meminati dia ketika umur saya 18 tahun. Ketika zaman itu, banyak majalah Jepun dan Hallyu dan ada ramai idola antaranya, pelakon Won Bin. Saya ternampak gambar Gang Dong Won pada sebuah majalah Hallyu dan mula membaca mengenai dirinya.

“Selepas itu saya mula menonton filem yang bertajuk Temptation of Wolves, ketika saya berusia 21 tahun. Sejak itu saya semakin berminat untuk mengikuti perkembangan mengenai dirinya. Walaupun ada antara filemnya yang tidak ditayangkan di sini tetapi saya menonton menerusi internet. Dia seorang artis yang unik dan mempunyai pesona tersendiri. Saya suka cara lakonannya.

“Apabila saya dapat tahu dia akan datang ke Kuala Lumpur, saya sangat teruja dan berusaha untuk menjadi antara 100 orang yang bertuah. Hari ini selepas 15 tahun meminatinya, akhirnya saya berpeluang bertemu dan bertentang mata dengannya. Saya sangat gembira,” tambah peminat berasal dari Klang, Selangor ini ketika ditemui sejurus usai acara bertemu peminat.

..

Pada acara tersebut Gang Dong Won yang pertama kali berkunjung ke Kuala Lumpur meluangkan masa bersama-sama seramai 100 orang peminatnya yang bertuah. Menariknya, dalam acara yang berlangsung selama satu jam itu, peminat diberi peluang bertanyakan apa saja soalan kepada Gang Dong Won juga sesi bergambar.

Selain itu, Gang Dong Won juga sempat mencuri perhatian peminat dengan bertutur dalam bahasa Melayu sebaik muncul di atas pentas.

“Saya gembira berjumpa awak. Saya cinta anda,” katanya sambil melemparkan senyuman.

Disebabkan kunjungnya kali ini singkat, justeru dia berhasrat mahu kembali semula ke sini lagi untuk bercuti dan menikmati makanan tempatan.

“Saya baru sampai di sini jam 12 tengah hari (semalam). Saya hanya sempat menikmati nasi lemak dan mee. Saya dengar Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati dan makanan di sini enak-enak. Jadi, saya pasti akan datang lagi untuk bercuti pula nanti,” katanya.

Sementara berkongsi mengenai perkembangan kerjaya pula, dia sempat mengingatkan peminat untuk menonton filem terbarunya berjudul Golden Slumber dan satu lagi filem, In Rang, yang akan di tayangkan tidak lama lagi.

Dia juga kini sedang membuat persiapan untuk menyahut cabaran berlakon sebagai watak utama dalam filem pertamanya di Hollywood berjudul Tsunami LA. Filem arahan pengarah tersohor, Simon West itu akan memulakan penggambaran di England dan Bulgaria.

Dalam pada itu, jejaka berusia 37 tahun ini sempat memberitahu, sekiranya dia tidak bergelar seorang artis, dia mungkin menjadi seorang tukang pembuat perabot atau bekerja dalam industri rekabentuk sebagai arkitek.

“Kalau saya tidak bergelar pelakon, mungkin sekarang saya menjadi seorang pembuat perabot atau arkitek,” tuturnya yang mempunyai latar belakang pendidika dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Di akhir acara, suasana menjadi gamat dengan sorakan peminat saat seorang peminat lelaki sempat bertanyakan mengenai apakah ciri-ciri wanita idamannya? Dengan reaksi yang malu-malu Gang Dong Won berkata,

“Seorang yang cantik dan berbudi bahasa,” jawabnya ringkas sambil tertawa.

The post 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won

Sekianlah artikel 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 15 Tahun Tunggu, Akhirnya Dapat Jumpa Gang Dong Won dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/15-tahun-tunggu-akhirnya-dapat-jumpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :