link : Ada Yang Suruh Tuntut Royalti
Ada Yang Suruh Tuntut Royalti
Penyanyi popular era 1980-an dengan lagu genre Melayu deli, Herman Tino mendedahkan dia pernah disaran oleh beberapa pihak agar meminta royalti daripada penyanyi remaja, Aiman Tino yang didakwa menumpang popularitinya.
Perkara itu timbul apabila Aiman atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 19, menggunakan nama samaran Aiman Tino berjaya meraih populariti sekaligus mencipta fenomena.
Lantaran, penyanyi remaja yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu dianggap mencari populariti mudah di kalangan peminat.
“Tidak dinafikan kehadiran Aiman Tino mencetuskan fenomena baru dalam kalangan peminat. Tambahan pula lagunya kena dengan selera peminat sekarang membuatkan dia cepat dikenali ramai.
“Disebabkan itu, saya disuruh menuntut royalti daripada pihak Aiman tetapi saya tidak ambil peduli kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian.
“Pada saya Aiman dikenali ramai dan berjaya atas usahanya sendiri dan atas keizinan Allah. Kalau Allah tidak setuju, ia pasti takkan berlaku,” katanya.
Sebelum ini, kemunculan Aiman Tino secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak sehingga Herman dituduh menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Malah beliau sendiri pernah mendedahkan isterinya, Noraini Ibnu turut mengutarakan soalan sama sehingga dia buntu bagaimana mahu memberikan penjelasan.
“Disebabkan dia sangat popular dan menggunakan nama Tino, ramai berteka-teki dan cuba mengaitkan kami. Daripada situ tercetus pelbagai spekulasi sehingga ada yang menyangka Aiman anak luar nikah saya,” katanya.
Pertemuan berlangsung awal Januari lalu di Shah Alam, diatur oleh ibu bapa Aiman Tino selepas dua penyanyi popular terbabit meluahkan hasrat berjumpa dan ia berjaya meleraikan segala persoalan yang bermain di fikiran ramai pihak.
The post Ada Yang Suruh Tuntut Royalti appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ada Yang Suruh Tuntut Royalti
Anda sekarang membaca artikel Ada Yang Suruh Tuntut Royalti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ada-yang-suruh-tuntut-royalti.html