link : Amaran SPR kepada PH, jangan putar belit!
Amaran SPR kepada PH, jangan putar belit!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak memperbesarkan isu lambang dan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad pada poster PRU14.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata larangan itu termaktub mengikut Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Pembangkang tidak sepatutnya memutar belit isu ini kerana ia bukan perkara baharu malah sudah diamalkan dalam pilihan raya di negara ini sejak dahulu.
“Pegawai SPR juga sudah menerangkan perkara sebenar iaitu penggunaan logo dan gambar tokoh atau pemimpin tidak dibenarkan jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran gabungan itu sebagai sebuah parti yang sah,” kata Hashim (foto) dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa SPR tidak membenarkan penggunaan gambar Dr Mahathir pada poster PH untuk berkempen dalam PRU14.
Ahli Parlimen Seremban itu turut mengkritik SPR kerana melaksanakan larangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Hashim menyifatkan dakwaan Loke bertujuan ingin mengelirukan masyarakat terutama pengundi berdaftar di Malaysia.
“Semua urusan kempen tertakluk di bawah bidang kuasa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi menguatkuasa sebarang pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Demikianlah Artikel Amaran SPR kepada PH, jangan putar belit!
Sekianlah artikel Amaran SPR kepada PH, jangan putar belit! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amaran SPR kepada PH, jangan putar belit! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/amaran-spr-kepada-ph-jangan-putar-belit.html