link : Gagal tsunami politik Cina, PH cuba tsunami Melayu pula
Gagal tsunami politik Cina, PH cuba tsunami Melayu pula
Pembangkang kini mengubah strategi dengan menggerakkan tsunami politik Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bagi membolehkan mereka meneruskan impian mengambil alih Putrajaya.
Ia adalah susulan kegagalan mereka menggunakan tsunami politik Cina untuk menawan Putrajaya pada PRU13, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, .
,Tan Sri Shahril Abdul Samad menandatangani mock up buku dan merasmikan Pelancaran Buku ‘Malaysia Tanpa BN?’ yang ditulis oleh Datuk Ahmad Faris Abdul Halim di Parlimen.
“Kalau kembali pada PRU13, habis sahaja keputusan tak boleh cakap soal tsunami politik Cina kerana (menurut pembangkang) ia memberi pandangan rasis. Hari ini bila berdepan dengan PRU14, Pakatan Harapan mewujudkan tsunami politik Melayu pula. Bagi mereka konsep berasaskan kaum ini bukan rasis, hanya UMNO sahaja yang rasis,” katanya.
Penasihat DAP Lim Kt Siang sebelum ini melaporkan bahawa tsunami politik Melayu akan berlaku apabila kaum Melayu sendiri akan menumbangkan UMNO BN.
Selain itu sambil menanamkan sifat ‘UMNO rasis’ di kalangan Melayu, Kit Siang turut memberi contoh lain bahawa kakitangan kerajaan majoritinya Melayu juga konon akan turut menumbangkan UMNO supaya PH dapat memerintah negara.
Impian DAP itu selepas mereka mempengaruhi bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin Melayu yang lain bersekongkol dengan mereka.
Menurut Shahrir lagi, UMNO diserang dan dituduh berbagai-bagai termasuk parti UMNO ini ekstrim, rasis.
“Fahaman itu sengaja diwujudkan pembangkang semata-mata atas tujuan politik mereka.
“Ia sengaja diwujudkan menjadi satu fahaman, bahawa Malaysia ada masalah perkauman dalam negara, ia datang dari sebuah akhbar seolah-olah menceritakan Malaysia kini berhadapan dengan masalah perkauman kerana UMNO terlalu dominan dalam BN,” ujarnya dalam dalam sidang media selepas melancarkan buku Malaysia Tanpa BN, di bangunan Parlimen, Rabu.
Tentang taktik pembangkang yang meletakkan Tun Mahathir untuk mempengaruhi undi Melayu, Shahrir berkata rakyat kini dibelenggu dengan cerita lama yang tidak akan membawa kemajuan pada masa hadapan.
“Sudah 20 tahun lamanya (kita) masih diminta untuk meletakkan seseorang itu sebagai Perdana Menteri, orang yang sama, ada variasinya, ada perubahan, ada pula Perdana Menteri sementara, tapi ia bawa kepada satu keadaan dimana seolah-olah mereka masih terperangkap dalam soal yang lama.
“(Ia ibarat) Pelakon sama, watak baru, skrip baru. Saya rasa rakyat kini dibelenggu, sebab kalau nak bergerak ke depan, kita perlu maju dalam kehidupan, kalau saya bersyarah kepada menteri kabinet dulu, saya selalu kata ‘takkan kita tak nak maju ke hadapan? Masih terperangkap dengan cerita lama,’ kalau macam ini caranya ia bukan satu benda yang baru,” ujarnya.
Buku Malaysia Tanpa BN berhalaman 198 muka surat tulisan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim dan Nasrudin Mohammed, menceritakan tentang perbezaan dan perjalanan politik sehingga menjelang PRU14 dimana kerajaan dilihat mempertahankan keutuhan dan kemantapan pentadbiran dengan pelbagai dugaan daripada pembangkang yang khususnya DAP.

Demikianlah Artikel Gagal tsunami politik Cina, PH cuba tsunami Melayu pula
Sekianlah artikel Gagal tsunami politik Cina, PH cuba tsunami Melayu pula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gagal tsunami politik Cina, PH cuba tsunami Melayu pula dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/gagal-tsunami-politik-cina-ph-cuba.html