link : BERSIH 2.0 "Kecam" Tindakan SPR Pilih Rabu Sebagai Hari Mengundi
BERSIH 2.0 "Kecam" Tindakan SPR Pilih Rabu Sebagai Hari Mengundi
SHAH ALAM: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Rabu iaitu 9 Mei depan.
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataannya mempersoalkan tarikh hari mengundi itu yang jatuh pada hari bekerja.
“BERSIH juga mempersoalkan tempoh berkempen yang hanya berlangsung selama 11 hari.
“Sebelum ini kami menuntut tempoh berkempen diadakan sekurang-kurangnya 21 hari bagi memberikan masa yang cukup kepada calon-calon dan parti bertanding untuk membentangkan manifesto mereka.
Disebabkan itu rakyat berhak mendapat penjelasan dari SPR mengapa ia membuat keputusan sebegini,” katanya melalui kenyataan tersebut.
Sementara itu, BERSIH turut menggesa majikan memberi pelepasan kepada pekerja keluar mengundi seperti termaktub dalam Seksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Pengundi yang pulang ke kampung akan jadi lebih sukar terutama yang pulang ke Sabah atau Sarawak dari semenanjung dan sebaliknya.
“Selain itu, ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi serta pemerhati sukarela juga perlu memohon cuti untuk membantu pilihanraya yang bersih dan adil,” katanya.
Disebabkan itu, BERSIH menjangkakan peratusan keluar mengundi akan lebih rendah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kali ini.
“Untuk mengurangkan kesan ini, kami menggesa kerajaan persekutuan mengumumkan hari mengundi sebagai cuti umum dan bagi kerajaan negeri pula mengisytiharkan cuti umum pada hari sebelum atau selepas hari pengundian.
“Jika ini tidak dilakukan, semua majikan harus membenarkan dua hari cuti yang tidak direkodkan kepada semua pengundi,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel BERSIH 2.0 "Kecam" Tindakan SPR Pilih Rabu Sebagai Hari Mengundi
Sekianlah artikel BERSIH 2.0 "Kecam" Tindakan SPR Pilih Rabu Sebagai Hari Mengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERSIH 2.0 "Kecam" Tindakan SPR Pilih Rabu Sebagai Hari Mengundi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/bersih-20-kecam-tindakan-spr-pilih-rabu.html