Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil

Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil
link : Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil

Baca juga


Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil

SELEBRITI serba boleh, Nabil Ahmad, mendedahkan, dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada isteri, Nazirah Ayub untuk memantau akaun media sosialnya sejak awal lagi.

Tidak kisah andai dilabelkan sebagai suami yang takutkan isteri, Nabil berkata dia berbuat begitu bagi mengelakkan masalah lain di kemudian hari.

“Kalau nak tahu di handphone saya, tak ada pun aplikasi Instagram (sambil menunjukkan aplikasi di telefon bimbitnya). Memang dari awal isteri saya yang uruskan dan lihat segala komen yang diterima.

“Sebagai manusia biasa, saya pun tak terlepas daripada godaan dan saya tak mahu perkara sebegitu menghancurkan keharmonian rumah tangga.

“Bagi saya kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu adalah isteri. Lagipun bila berkahwin tidak ada apa yang perlu dirahsiakan lagi,” ujarnya.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran MVTV Asia – Inspirasi YES Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Dalam program tersebut, Nabil dipilih menjadi ikon belia hiburan dan akan berkongsi mengenai kerjaya dan kejayaan menerusi platform penyiaran digital baharu.

Selain Nabil, selebriti lain yang turut diangkat sebagai ikon ialah Farah Nabilah, Elfira Loy, Ernie Zakri, Zul Huzaimy, Dasha Logan, Jacqueline Ch’ng dan Roshan Nair.

Mengakui pernah menerima mesej godaan daripada peminat, dia bagaimanapun menyerahkan kepada isteri untuk membalasnya.

“Zira (Nazirah) pernah beritahu saya ada peminat mahu memberikan ‘unlimited services’ di hotel dan lebih mengejutkan yang ajak itu adalah wanita bertudung.

“Kemudian saya beritahu Zira, beri apa-apa surah padanya dan minta dia bertaubat serta bagitahu saya doakan dia bertemu jodoh yang baik.

“Niat saya mendedahkan bukan nak memburukkan wanita bertudung. Ini hanya perkongsian sahaja,” jelasnya.

Tambah Nabil, sepanjang tujuh tahun bergelar suami, dia tidak pernah terfikir untuk berpoligami atau menduakan isterinya itu.

Ujar bintang berusia 34 tahun ini, dia menyedari kekurangan diri dan berasakan kehadiran wanita itu sudah cukup melengkapi hidup mereka sekeluarga.

“Sejujurnya tak pernah terfikir nak kahwin atau tambah isteri lagi sebab yang ada seorang ni pun dah cukup.

“Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna untuk memegang amanah berat itu. Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan sibuk berangan nak tambah isteri pula,” tegasnya.

Nabil dan Zira berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

The post Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil

Sekianlah artikel Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biarlah orang kata saya takut isteri: Nabil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/biarlah-orang-kata-saya-takut-isteri.html

Subscribe to receive free email updates: