Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula?

Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula?
link : Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula?

Baca juga


Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula?

Bukan satu rahsia lagi bahawa Pakatan Harapan secara rasminya telah mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan seandainya pakatan pembangkang berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas Piilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Walaupun ramai yang mengkritik keputusan ini yang dilihat tidak memperdulikan suara akar umbi pembangkang yang selama ini menolak individu bernama Mahathir, namun ianya langsung tidak dipedulikan. Bagi mereka, janji Mahathir yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri hanya untuk 2 tahun sebelum menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih diutamakan berbanding perasaan penyokong mereka.

Timbul persoalan, bolehkah Mahathir diangkat semula sebagai Perdana Menteri seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak? Sekali imbas, tiada sebarang peruntukan dari segi undang-undang untuk menghalang Mahathir dari mendapat jawatannya semula. Malah, di serata dunia sendiri pernah menyaksikan pemimpin yang telah meletak jawatan, kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ataupun Presiden.

Namun, satu perkara yang membezakan Malaysia dengan negara luar adalah, amalan sistem pemerintahan negara ini. Seperti yang diketahui umum, Malaysia mempunyai 9 orang Sultan dan Raja-Raja Melayu yang mana setiap seorang daripadanya memainkan peranan yang tersendiri samada di peringkat negeri mahupun negara.

Daripada kesemua ini, para Sultan dan Raja-Raja Melayu ini diketuai oleh Duli Yang maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong yang dipilih di kalangan para Sultan dan Raja-Raja Melayu. Justeru, untuk melantik seseorang Perdana Menteri dari kalangan parti yang berjaya memperolehi majoriti di Parlimen, ianya memerlukan perkenan Kebawah Duli Tuanku Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu

Paling utama, seseorang calon Perdana Menteri itu perlu mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan dalam kes ini, Sultan Muhammad V merupakan Yang DiPertuan Agong terkini. Masalahnya disini, sepanjang dua hingga 3 tahun kebelakangan ini, Mahathir kerap kali menimbulkan kemurkaan Kebawah Duli-Duli Baginda.

Sehingga kini, Mahathir telah mencari pasal dengan Istana Selangor, Istana Johor dan Istana Kelantan yang mana Istana Kelantan hari ini dipilih sebagai Yang DiPertuan Agong. Malah, Sultan Muhammad V sendiri telah berkenan untuk menarik semula gelaran D.K yang dikurniakan kepada Mahathir dan ianya dilihat isyarat jelas bahawa Istana Kelantan dan Istana Negara murka kepadanya.

Melihat kepada keadaan ini, adakah Pakatan Harapan begitu pasti bahawa Mahathir akhirnya diterima sebagai Perdana Menteri memandangkan 3 daripada 9 Istana sendiri murka dengan tingkah laku Mahathir? Mana mungkin pihak Istana yang lain mengambil pendekatan berbeza memandangkan kesepakatan antara Kebawah Duli-Duli Tuanku cukup erat jika menyentuh tentang keadaan semasa negara.

Jika Duli-Duli Tuanku sendiri telah menampakkan pendirian Baginda, mana mungkin begitu mudah Mahathir boleh diangkat sebagai Perdana Menteri semula. Ianya tidak lebih dari angan-angan Mat Jenin yang tidak akan mungkin berlaku. Paling utama, peluang pakatan pembangkang sendiri untuk menang pada PRU ke 14 nanti sememangnya cukup-cukup tipis.


Demikianlah Artikel Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula?

Sekianlah artikel Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bolehkah Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Semula? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/bolehkah-mahathir-dilantik-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates: