Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib

Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib
link : Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib

Baca juga


Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad tidak akan membiarkan usaha pembangkang menggagalkan perancangan Barisan Nasional (BN) untuk terus memaju dan mensejahterakan penduduk Pantai Timur dan Malaysia secara keseluruhannya.

Najib berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membawa banyak manfaat kepada Pantai Timur dan juga Malaysia semasa pembinaan dan setelah disiapkan kerana memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menambah nilai hartanah di kawasan yang dilaluinya.

"Malah kita meramalkan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negeri-negeri Pantai Timur akan meningkat sebanyak 1.5 peratus," katanya dalam catatan terkininya di blog NajibRazak.com hari ini.

Najib berkata amat menghairankan mengapa pembangkang begitu menentang projek ECRL disebalik manfaat yang dibawa kepada Pantai Timur dan begitu ingin melihat projek infrarakyat itu gagal.

Beliau berkata selain mengugut untuk menghentikan projek ECRL jika mereka berkuasa, pembangkang juga cuba untuk mengelirukan dan menanam kebencian kepada rakyat dengan memutar-belit fakta mengenai pembinaan ECRL.

"Mereka juga kata projek tersebut satu pembaziran dan tiada keperluan untuk rakyat walhal mereka sendiri sedar ECRL mampu memperbaiki jurang pembangunan di Pantai Timur dan membawa banyak manfaat kepada rakyat," katanya.

Najib turut mempersoalkan sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum puas hati walaupun setelah 22 tahun mengabai, menganaktirikan dan mendera penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan, sehinggakan masa depan mereka yang kini lebih cerah bersamanya dan BN ingin dimalapkan.

"Saya tak akan biarkan penduduk Pantai Timur kembali kepada zaman kegelapan di bawah Dr Mahathir! Insya-Allah, jika terus diberi mandat, kita akan lengkapkan ECRL, kita akan pastikan Pantai Timur maju dan berjaya seiring kemajuan Malaysia," katanya.


Demikianlah Artikel Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib

Sekianlah artikel Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagalkan usaha halang pembangunan di Pantai Timur... - Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/gagalkan-usaha-halang-pembangunan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :