MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI

MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI
link : MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI

Baca juga


MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI

Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin terasa bahangnya. Lebih-lebih bila hari pengundian pilihan raya akan datang yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya telah ditetapkan pada hari Rabu iaitu 9 Mei ini.

Namun, pembangkang terus mendakwa pilihan raya umum pada hari rabu tidak sesuai kerana hari bekerja, selain mendakwa bermatlamat untuk melemahkan pembangkang.Itulah yang didakwa oleh bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu juga berkata, jika mana-mana pekerja yang tidak mendapat pelepasan majikan pada hari mengundi 9 Mei ini, agar ponteng kerja.“Saya berpendapat pilihan raya umum pada hari rabu, tidak begitu sesuai, kerana hari bekerja, kita minta semua pengundi supaya ponteng kerja.

“Kerana apa yang kita lakukan ini ada kesan kepada seluruh negara, mengundi juga tanggungjawab besar. Kalau ponteng pun, saya ingat itu halal kepada kita,” kata Mahathir.Hari pengundian PRU-14 pada 9 Mei ini telah diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada hari tersebut.

Sementara itu, Mahathir yang diumum sebagai calon mewakili Pakatan Harapan di Parlimen Langkawi berkata, beliau yakin boleh menarik sekurang-kurangnya 7,000 majoriti undi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Langkawi ketika PRU-13 yang lalu.“Kelebihan undi BN yang diwakili UMNO di Langkawi adalah 11,000 daripada 40,000 pengundi, bila kita boleh ambil 7,000 cukup sudah menang,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Kata Mahathir, untuk bertanding di Langkawi sudah lama menjadi hasrat beliau sendiri.
Bekas perdana menteri keempat itu akan berdepan penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).Dalam PRU-13 yang lalu, Nawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi mengalahkan Ahmad Abdullah yang mewakili PKR dengan majoriti lebih 11,000 undi.


Demikianlah Artikel MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI

Sekianlah artikel MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR KELUAR FATWA ‘HALALKAN’ PONTENG KERJA UNTUK MENGUNDI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/mahathir-keluar-fatwa-halalkan-ponteng.html

Subscribe to receive free email updates: