Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH

Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH
link : Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH

Baca juga


Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH

Nama Mahathir Mohamad bukanlah asing dalam arena politik negara. Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1981, bukan sedikit kontroversi yang sengaja dia reka atau timbul tanpa dirancang. Terlalu banyak skandal menghantuinya walaupun secara amnya, dia berjaya membawa permodenan terhadap negara. Inilah dia manusia yang di beri nama Mahathir Bin Mohamad.

Sejak dia berada di dalam UMNO lagi, banyak yang menerima sentuhannya akan bertukar menjadi kegagalan. Lihat sahaja bagaimana UMNO bergolak lebih daripada 5 kali dengan kemuncaknya, pengharaman UMNO oleh Mahakamah Tinggi hanya kerana Mahathir enggan berlakunya pemilihan kali kedua pucuk kepimpinan UMNO pada 1988.

Hari ini, setelah menyertai Pakatan Harapan, perkara yang sama masih terus berlaku. Mungkin, pada peringkat awalnya, pada pemimpin Pakatan Harapan seolah-olah menerima berita gembira apabila Mahathir bersetuju menyertai pakatan pembangkang berkenaan. Macam-macam propaganda mereka sebarkan kononnya Mahathir adalah penyelamat dan mampu membawa Pakatan Harapan membentuk kerajaan kelak.

Hakikatnya hari ini, tidak ada apa pun yang mampu Mahathir bawa kepada Pakatan Harapan kecuali istilah “Selamatkan Malaysia”. Pelbagai helah dia cuba lakukan untuk menjatuhkan kerajaan namun sehingga kini, semuanya menemui kegagalan. Lebih melucukan, Mahathir sendiri kerap terperangkap dalam kenyataan yang dia sendiri keluarkan sehingga ramai yang mempersoalkan kredebilitinya.

Apa yang dapat diperhatikan sejak penyertaan Mahathir kedalam Pakatan Harapan sekitar 2016 yang lalu, kejayaan utama yang boleh dibanggakan oleh penyokong Mahathir adalah, memporak perandakan Pakatan Harapan yang dia sendiri pengerusikan. Satu persatu kerosakan berjaya dicipta Mahathir sehingga di dalam Pakatan Harapan sendiri sudah wujud dua kem.

Bermula dengan DAP yang menyaksikan ramai dikalangan para penyokong parti berkenaan mula menjauhi parti akibat tidak berpuas hati dengan hubungan akrab Lim Kit Siang dan Mahathir. Malah, ada yang bertindak meninggalkan parti disebabkan marah dengan pengkhianatan yang dilakukan Kit Siang terhadap mereka apabila memilih Mahathir menjadi sekutu rapat mereka.

Kemudian, Mahathir mula merosakkan PKR sebaik Datuk Seri Azmin Ali berjaya mempengaruhi PKR untuk menerima semula kehadiran Mahathir. Mahathir yang pada ketika itu baru berjaya memperbaiki hubungannya dengan Anwar melihat, peluang terbaiknya menguasai parti yang pernah cuba menjatuhkan dirinya dan sekaligus menjadikan PKR sebagai batu lonjakannya untuk meraih kuasa Perdana Menteri kembali.

Hasilnya, walaupun Wan Azizah dan keluarga Anwar secara amnya dilihat keberatan, Mahathir berjaya meraih sokongan kesemua parti di dalam Pakatan Harapan untuk mencalonkannya sebagai Perdana Menteri ketujuh seandainya Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum kali ini. Disinilah titik mula perpecahan dalaman Pakatan Harapan yang mereka sendiri gagal untuk selindungkan.

Otai Reformis yang dahulunya cukup membenci Mahathir dan menyokong Anwar, mula menjauhi PKR. Malah sehingga kini, masih ada di kalangan ahli Otai Reformis masih enggan memperakui Mahathir termasuk menggunakan logo parti berkenaan.

Di dalam PKR sendiri hari ini sudah berpecah dua kem yang menyaksikan pertembungan antara kem Wan Azizah dan kem Azmin semakin memuncak. Di dalam DAP, parti berkenaan sedang bekerja keras untuk memulihkan keyakinan penyokong mereka sehingga menyaksikan Lim Guan Eng terpaksa mengumumkan beberapa nama pemimpin DAP yang akan diangkat sebagai menteri sekiranya Pakatan Harapan berkuasa.

Paling utama, kerosakan yang dicipta Mahathir adalah, kegagalan Pakatan Harapan didaftarkan atas satu entiti disebabkan kerosakan yang tercipta di dalam partinya sendiri, PPBM. Ianya menyaksikan PKR terpaksa menerima hakikat, logo dan parti mereka dipergunakan oleh bekas musuh mereka, Mahathir dan DAP sehingga ramai yang mempersoalkan, di mana maruah PKR sebenarnya.

Inilah impak besar yang diberikan Mahathir untuk Pakatan Harapan. Mungkin, ianya memberi kelebihan secara tidak sengaja kepada BN namun pada masa yang sama, Pakatan Harapan wajar menyalahkan Mahathir 100 peratus atas kegagalannya membentuk satu penyatuan di dalam Pakatan Harapan. Yang ada hari ini adalah, Pakatan Yang Langsung Tidak Mempunyai Harapan!


Demikianlah Artikel Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH

Sekianlah artikel Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Memang Ejen Perosak Sejak Dari UMNO Sehingga Menyertai PH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/mahathir-memang-ejen-perosak-sejak-dari.html

Subscribe to receive free email updates: