link : Tak Berdendam Dengan Kak Zai
Tak Berdendam Dengan Kak Zai
Aktres jelita, Rozita Che Wan menegaskan dia tidak pernah menyimpan dendam mahupun bermusuh dengan Zailani Mohd Zain sehingga mendorongnya menegur pengkritik fesyen itu di media sosial minggu lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, wanita yang mesra dengan panggilan Che Ta ini menjelaskan dia dan Zailani atau disapa sebagai Kak Zai juga pernah bertegur sapa sebelum ini dan teguran yang dibuat disebabkan tindakan Zailani mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
“Saya bukan jenis yang suka berdendam atau cari gaduh. Tapi bila tak betul saya tegurlah. Dalam kes dengan dia (Zailani), dia ‘petik’ (sebut) nama saya dahulu.
“Sebelum ini saya tak bersuara pun, jadi kenapa pula dia nak keluar statement berbaur hasutan dan kemudian nak menyalahkan pengurus saya.
“Lagi pula dia dah buat permohonan maaf. Kemudian menghasut orang jangan taja saya pula,” katanya.
Pada Khamis lalu, Rozita memuat naik paparan skrin dipercayai milik Zaihani yang mendakwa pengurus pelakon Kiah Pekasam itu adalah individu yang mula menyebarkan kenyataan tersebut.
Menerusi paparan skrin itu, Zaihani meminta rakan-rakannya tidak memberi tajaan kepada artis-artis bawah pengurusan LOL Entertainment.
Che Tah turut berkongsi pendapatnya dengan mengatakan tidak wajar Zaihani menghakimi individu bertubuh gemuk yang hadir ke pertunjukan fesyen.
“Dia kata kenyataannya kepada orang yang duduk di sebelahnya. Tapi cara penyampaiannya tak betul,” katanya.
Sebelum ini, kenyataan Zaihani di laman sosial peribadinya telah menimbulkan kemarahan netizen apabila dia mengkritik individu berbadan besar sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.
“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya peha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulisnya.
The post Tak Berdendam Dengan Kak Zai appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tak Berdendam Dengan Kak Zai
Anda sekarang membaca artikel Tak Berdendam Dengan Kak Zai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/tak-berdendam-dengan-kak-zai.html