link : Mariah Carey Dituduh Laku Gangguan Seksual Terhadap Bekas Pengurus
Mariah Carey Dituduh Laku Gangguan Seksual Terhadap Bekas Pengurus
Diva Pop, Mariah Carey berkemungkinan berdepan hukum berat ekoran dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pengurusnya, Stella Stolper.
Lapor TMZ, Stella mendakwa dia telah diperlaku secara seksual beberapa kali termasuklah aksi penyanyi itu bernyanyi sambil telanjang di depannya.
Berdasarkan dokumen pengadilan, Stella mendawa Mariah jarang mengenakan pakaian saat berada bersamanya.
Tidak hanya bertelanjang, dia juga mendedahkan pelantun lagu ‘We Belong Together itu melakukan aksi berbaur seksual di hadapannya.
Selain itu Mariah dikatakan melakukan penyalahgunaan zat dan gagal mengubati gangguan bipolar yang dialami. Selain itu, dia melanggar Undang-Undang Hak Sipil AS, UU Tenaga Kerja dan pelanggaran kontrak.
Stella juga memaklumkan Mariah berhutang padanya kerana dia dipecat sebelum kontrak tiga tahun antara mereka berakhir secara rasmi.
Bagaimapun pihak Mariah menyangkal semua tuduhan tersebut dengan menyifatkan dakwaan Stella tidak masuk akal. Mariah juga tidak pernah melakukan hal-hal yang disebutkan oleh Stella.
“Mariah langsung tidak pernah melakuka perkara-perkara seperti yang dituduh Stella.
“Mariah tidak pernah telanjang sebaliknya dia selalu memakai jubahnya.
“Segala yang didakwa Stella tidak betul dan menggelikan. Stella dan Mariah sebelum ini adalah teman baik dan benar-benar rapat, jadi sangat menyedihkan apabila ia berakhir seperti ini,” kata wakil Mariah.
Sementara itu, ini bukanlah kali pertama Mariah dilemparkan tuduhan sebegitu. Tahun lalu, pelantun lagu Hero ini diugut oleh bekas pengawal peribadinya sendiri, Michael Anello, atas tuduhan melakukan gangguan seksual dan kekerasan secara verbal.
The post Mariah Carey Dituduh Laku Gangguan Seksual Terhadap Bekas Pengurus appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Mariah Carey Dituduh Laku Gangguan Seksual Terhadap Bekas Pengurus
Anda sekarang membaca artikel Mariah Carey Dituduh Laku Gangguan Seksual Terhadap Bekas Pengurus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/mariah-carey-dituduh-laku-gangguan.html