Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon

Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon
link : Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon

Baca juga


Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon


KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Paya Besar bersiap sedia berdepan dengan siapa sahaja calon dikemukakan pembangkang di kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pemangku Pengerusi BN Paya Besar, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, bukan ancaman kepada parti itu walaupun calon yang dikemukakan gabungan pembangkang PKR dan Pas adalah orang tempatan.

“Siapa sahaja calon dikemukakan kita akan berdepan de­ngan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penerangan, Pemantapan dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Paya Besar, di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Ketua Wanita BN Paya Besar, Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman; Ketua Pemuda BN Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah; Ketua Puteri BN Paya Besar, Faridah Mat Firu dan Ke­tua Penerangan BN Paya Besar, Datuk Mohd. Zaili Besar.

Baru-baru ini, Pas negeri me­ngumumkan Setiausaha PAS Pa­ya Besar, Mohamad Azhar Mohd. Noor sebagai calon kerusi Parlimen Paya Besar manakala Yang Dipertua Pas Paya Besar, Mohd. Tarmizi Yahaya untuk DUN Panching.

Selain itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohamad Hazmi Dibok pula akan bertanding di kawasan DUN Sungai Lembing dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Paya Besar, Mohd. Nor Hisyam Muhamad di DUN Lepar.

Md. Sohaimi berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan khidmat dan kerja kuat yang dilakukan oleh BN Paya Besar serta mendapat kepercayaan rakyat sejak dahulu lagi.

“Kita sudah memberi perkhid­matan sejak dahulu lagi. Malah Ketua Bahagian, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail ba­nyak menyelesaikan masalah penduduk setempat dan membawa pembangunan di Paya Besar.

“Jadi, ini menunjukkan BN mempunyai kelebihan tersendiri malah jika berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, ia memberi kelebihan kepada parti untuk berjaya,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon

Sekianlah artikel Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Md Sohaimi: BN Paya Besar Siap Sedia Hadapi Siapa Sahaja Calon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/md-sohaimi-bn-paya-besar-siap-sedia.html

Subscribe to receive free email updates: